Niat murni Sharifah Sakinah membawa sekumpulan pelajar tahfiz berhibur dengan menonton wayang pada hari sambutan Maulidur Rasul baru-baru ini dikritik netizen.
Rata-rata netizen menganggap aktiviti itu tidak memberikan sebarang faedah, tidak sesuai mendedahkan anak-anak tahfiz dengan hiburan yang melalaikan.
Sakinah berkata dia tidak menyangka perkara itu menjadi perhatian netizen sehingga ada yang salah faham. Niat asalnya menonton filem seram Pusaka hanya untuk menggembirakan kumpulan pelajar tahfiz berkenaan dan pada masa sama menyokong filem tempatan.
Jelas Sakinah, sebelum membawa pelajar tahfiz terbabit keluar, dia terlebih dahulu sudah mendapatkan keizinan daripada pihak pengurusan tahfiz mengenai aktiviti yang dirancang pada hari tersebut.
Pada masa yang sama, pelakon itu memohon maaf secara terbuka apabila tujuan baiknya itu bertukar menjadi kontroversi.
Tidak mengapalah Sakinah, bukan semua orang faham niat murni kita. Apa-apa pun, kami puji dengan sikapnya yang tidak mudah melatah dan dengan rendah diri memohon maaf.