Dikawal Ketat Dan Penuh Misteri, 6 Tempat Ini Telah Diharamkan Untuk Dilawati Pengunjung

Travel

Dikawal Ketat Dan Penuh Misteri, 6 Tempat Ini Telah Diharamkan Untuk Dilawati Pengunjung

Percaya atau tidak, di dunia ini ada beberapa tempat yang dilarang untuk dilawati oleh sesiapa sahaja. Pengharaman ini dibuat berkemungkinan sesuatu tempat itu adalah lokasi yang jarang dijumpai atau terdapat sesuatu yang tak ternilai nilainya.

Advertisement

Ada 6 tempat di dunia ini yang sehingga sekarang diharamkan untuk dilawati oleh sesiapa sahaja..

1. Pangkalan Dulce – New Mexico, Amerika Syarikat

Sekali pandang tempat ini seperti sebuah pangkalan rahsia ketenteraan. Namun Dulce Base dikhabarkan adalah sebuah fasiliti bawah tanah antara manusia dan makhluk asing, yang berada di bawah Archuleta Messa dan berdekatan dengan sempadan Colorado dan New Mexico.

Advertisement

Terdapat perkampungan kecil didiami oleh orang asli seramai lebih kurang 2,600 orang. Fasiliti bawah tanah yang sangat luas ini adalah tempat dimana eksperimen-eksperimen pelik dilakukan dan teknologi rahsia dihasilkan. Walaupun kesahihannya tidak dapat dipastikan, kawasan ini adalah diharamkan kepada orang awam oleh kerajaan Amerika Syarikat.

2. Kota Bhangarh, India

Kota ini telah dibina pada abad ke-17 yang terletak di negeri Rajasthan, India dan kerajaan India mengisytiharkan Kota Bhangarh tempat paling berhantu di seluruh India. Peraturan yang sangat ketat dikenakan terhadap Kota Bhangarh dan pelawat memang tidak dibenarkan mengunjungi kota berhantu ini bermula daripada terbenam matahari sehingga terbit fajar. Menurut orang tempatan, mereka yang melanggar peraturan tersebut hilang secara misteri dan tidak pernah ditemui.

3. Makam Qin Shi Huang – Lintong, China

Mungkin ini antara tempat paling menyeramkan yang diharamkan di dunia. Kubur pengasas Dinasti Qin dan juga Maharaja China pertama ditanam di bawah tanah di bawah sebuah bukit di China Tengah. Dikatakan kerajaan China tidak membenarkan penggalian kubur tersebut kerana ingin menghormati tanah perkuburan itu.

Advertisement

4. Gunung Weather – Virginia, Amerika Syarikat

Gunung Weather ini terletak 74 kilometer dari Washington DC, ialah sebuah pangkalan tentera bawah tanah rahsia Amerika Syarikat yang diharamkan untuk dilawati, atau didekati. Pangkalan ini terletak di dalam yang merupakan tapak pemindahan atau penempatan semula bagi pegawai tentera serta orang awam yang bertaraf dan berpangkat tinggi, jika berlaku sesuatu seperti bencana alam.

Walau jauh dari segala kemodenan, ia lengkap dengan segala keperluan asas termasuklah kafeteria, hospital, pusat jana kuasa yang dikelilingi oleh papan tanda larangan masuk serta pagar tinggi, kawat duri dan pengawal bersenjata.

5. Bank of England Vaults – London, England

Bank of England Vaults disifatkan antara bank yang mempunyai kawalan paling ketat di dunia dan diharamkan bagi orang awam. Bank ini merupakan tempat penyimpanan emas seberat 5.134 juta kilogram atau 5,134 tan emas.

Dengan nilai emas RM1.063 trilion, peti besi dalam bank dikunci menggunakan kunci logam tradisional namun dipagari dengan perlindungan sekuriti elektronik bagi menghalang mereka yang tidak patut berada di situ melepasi peti besi ini.

6. Muzium Pendidikan Keselamatan Kebangsaan Jiangsu – Jiangsu, China

Dipanggil sebagai Muzium pengintip. Walaupun diharamkan, namun tidak secara sepenuhnya. Ia dibuka untuk orang awam namun dilarang untuk orang asing. Muzim ini terletak di Nanjing, Timur China dikatakan mempunyai barangan pameran termasuklah pistol kecil, kamera mini dan pelbagai lagi peralatan yang digunakan oleh pengintip China, yang terlalu sensitif untuk dilihat oleh orang asing. Hanya pengunjung yang terdiri daripada rakyat China sahaja boleh memasuki muzium ini dan tidak dibenarkan sama sekali untuk mengambil gambar.

Sumber : Hello Travel , Huffington Post , Ancient Origin , Wonderslist

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...