Written by Bella | February 6th, 2017

Selebrti terkenal, Johan Raja Lawak yang sering menghadiahkan isterinya, Ozlyn pelbagai hadiah mewah terutama sekali beg tangan membuatkan sesetengah pihak melabelkan beliau terlalu memanjakan isterinya.

Mengenali Ozlyn sejak di bangku sekolah lagi, Johan memberitahu beliau percaya dengan rezeki selepas kahwin.

Malah, Johan memberitahu sudah terlalu banyak pengorbanan yang dilakukan oleh Ozlyn sepanjang mereka bersama apatah lagi wanita itu sering berada disisinya ketika zaman susah dahulu. Apa yang dilakukan oleh Johan buat Ozlyn sekarang kerana ingin menghargai isterinya itu.

Tak siapa tahu siapa yang bersama saya ketika saya susah dulu? Saya kenal Ozlynn sejak sekolah lagi dan bercinta ketika saya masih menjual otak-otak.

Ketika dia sudah jadi artis, dia masih bersama saya, dia yang belikan baju saya, pinjamkan keretanya kalau keluar dating. Sedangkan kalau dia mahu, dia boleh cari lelaki lain yang lebih kaya. Apa sangat yang saya berikan dia hari ini berbanding apa yang dia korbankan dari dulu? Ini bukan soal memewahkan tetapi tanggungjawab.

Setiap apa yang diusahakan beliau adalah kerana tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Johan tidak mahu isteri dan anak-anaknya hidup merempat sekiranya dimasa hadapan beliau diuji dengan kesusahan semula.

Saya lelaki, kalau ditakdirkan saya susah semula, saya boleh tidur di surau atau merempat tapi anak isteri, mana mungkin saya biarkan begitu?

Sikap Johan yang menghargai isterinya harus dicontoh oleh pasangan lain. Jangan pernah meninggalkan mereka yang sering bersama kita ketika susah. Kami doakan agar Johan dan Ozlyn dilimpahkan dengan rezeki dan kebahagiaan yang lebih lagi selepas ini.

Sumber Berita : INTREND MALAYSIA

48 responses to Dikatakan Terlalu Manjakan Isteri : Johan Raja Lawak Hanya Hargai Pengorbanan Ozlyn

  1. ultraman taro 36 says:

    Sukahati dia lah. Dah bini dia. Nape ada orang nak sibuk?

    111

    0
    • Pekerja Gomen says:

      Walaupun aku tak berkenan ngan penampilan Ozlyn..
      Tp sbg lelaki aku salute dengan appreciation yang Johan buat untuk isterinya.
      Sesetengah lelaki lupa diri bila senang…
      Dikelilingi pmpn lawa dan hebat…
      Terus lupa isteri yg sama2 susah dulu..

      115

      0
    • EUWWW RAMBUT KE APE TU????

      4

      1
    • Fidot says:

      Itulah kan…suka hati dia la nk manjakan wife dia yg susah senang bersama. Bukan manjakan pempuan lain bila dh kaya. aku x paham bangsa pendengki ni. Insaflah weh… muhasabah diri & laki2 kt luar sana baguslah syg bini & cantikkan bini sendiri. Jgn dh kaya ko bz tambah bini.

      40

      1
    • minah jambu hot but never dryyy says:

      mungkin ada yg jeles ngan dorang laki bini ni pasal tk gi makamah faikan perceraian ! biasa la orang melayuuu sakit hati Nye tk habis2 babtu orang melayu tidak boleh senang …! memang patut johan kena manja kan bini dia pasal bini dia dh kasi dia anak n beranak lagi..orang yg tk pernah beranak dorang ape tau ?? tau Nye nak mengate oranggg aje …ni yg cakap johan manja kan bini ni mesti jantan mandol ni or pompan mandol jeles atas kesenangan orang n jeles orang ada anak huh !! lov u johannn semoga sakses..

      11

      0
  2. cassandraeve says:

    … This is a good example & a role model for all ‘ husband out there .. Its not about ‘ pampering but its a duty & sense of responsible as a man, head of the family & a husband.. is to provide … Keep it up Johan ! I salute you …

    134

    0
  3. lilolito says:

    dh ada duit, spend la kat bini.. bini suka handbag, bg la handbag.. jgn ko bwk travel plak.. ingt semua pmpn ada 1 jenis je ke? ada byk jenis taw.. dh kawin nnt tahu la.. ada yg obses dgn perfume, ada yg obses dgn backpacking, rambut, facial, kereta, kain, coklat, konsert AF dan baanyak lg.. pandai2 la control nk manjakan bini.. jgn smpi jd dayus sudah la..

    94

    0
  4. maklong says:

    cam ni lah baru suami…senantiasa menyayangi memperingati jasa isteri dan menghormati…mudah2an smpai ke akhir hayat..

    57

    0
  5. Mek pelsu says:

    Duit bini dia perabis kat bini orang lain. Ni baru isu.

    49

    0
  6. Anonymous says:

    happy wife happy life….tu conceptnye.
    lagi byk rezeki dia bagi pada isteri lagi byk rezeki diaorang dapat.

    65

    0
  7. aku rasa says:

    Yang bersusah senang dengan suami adalah isteri je la. Yang tau isi hati suami, keluh kesah dia, masalah dia semua share dengan isteri bukan dengan mak bapak atau adik-beradik. Orang lain semua ade life masing2. So, bila suami senang mestilah isteri dulu dia ingat sbb isteri sentiasa ada bersama. Tapi manusia tu lah, masa susah suami tu dibiarkan isteri je sorang tanggung..klau masa senang semua sibuk nak himpit. Mmg isteri la patut dapat lebih dr segi apepun dr suami dia.

    52

    0
  8. anon says:

    show off.
    sama mcm hairul hanis…attention seeker!

    0

    90
  9. jazlin says:

    hanya seorang isteri/suami yang tahu pengorbanan pasangannya… tak salah jika nak menghargai pasangan dengan cara masing-masing asalkan berkemampuan dan tak berlebihan..kita cuma nampak johan belikan barangan mewah untuk isteri dia, tp tahukah kita amal jariah /sedekah yang johan buat di luar sane? tahukah kita jenis pengorbanan dan kaish sayang yang dilimpahkan ozlynn pada keluarga dia sehingga dia disayangi begini rupa oleh johan? jangan menilai manusia tanpa hujung pangkal…sentiasalah berbaik sangka, itu lebih baik

    63

    0
    • nasi tambah says:

      sedekah jariah tu paling setuju.. diorang ni mmg rajin sedekah makan2 kat masjid time solat jumaat.. rasanya almost ever week kot

      15

      0
  10. Anonymous says:

    netizen..pls la. dia berbelanja kat bini dia kot..after all duit dia…lantak dia ler. adoi!

    32

    0
  11. izzy says:

    e’eleh… benda gini pun ada nk pertikai.? dengki! get a life, find yourself a good husband, get a better job!

    13

    1
  12. temah jual kopok says:

    ehhh bini dia.. dia manjakan bini dia.. sakit hati napa… lain la dia manja kan perempuan lain.. ntah apa apa ntah! takde issue jadi issue.. dia nak bg handbeg ke rumah ke kete ke apa ke, dah mmg tu peranan dia..

    15

    1
  13. Sy Support Semua :) says:

    1st time kot aku baca komen start dari tajuk dan komen semua para pembaca (semua postif2 dan ayat2 yg bgus2)…Komen2 di atasla yg pling WIN semua…smua bersetuju dan berfikiran positif….ni baru betul2 komen yg bagus n bernas2. Salute U olz….udah2la ye semua antara kite berhasad dengki (komen2 tuk artikel yg sblum2 ni) ..x ke mana pon….dpt dosa ada…nk bce bace jela dan doakan yg baik2 tuk smua…xpayah nk komen negatif2…mcm artikel2 sblum ni….nampak sgt nnti org ckp melayu asek berbalah dan otak mundur…kaum lain tgok kite pon gelak je…yg artikel ni bgus2 komennye…teruskan…Syabas buat semua….:)

    21

    1
  14. Babes says:

    x mende nye dengki ..
    ok jee .. kalau nak manjakan isteri.
    Tapi menyampah la pulak over mengalahkan retis.
    Less is more.

    0

    18
  15. Ohyeah.. says:

    Aku suka..aku suka Johan.
    Tanggung jawap seorang lelaki kepada ibu sepanjang hayat. Memanjakan seorang isteri dari segala segi mengikut kemampuan memang wajar.

    12

    1
  16. nona says:

    erk yg sebenarnya yg aku x berkenan…dok tayang kat IG tu..itu jekk..aku rasa ramai persoalkan sebab menunjuk kowt…buat dia2 ok kot xda la fitnah dan hasad dengki tu kan….

    5

    2
  17. melati says:

    Biasa lah !! kalau tidak org tak tahu Johan tu Melayu.., ader Duit skit mesti nk show off..contohi Mizz NIna ni baru Melayu yg merendah diri ..!!!

    4

    1
  18. faktab says:

    good johan. yang menyalak tu semua adalah hanj. teruskan sayangi isteri anda

    1

    1
  19. Yg tengok says:

    Xrse pn die mnunjuk kt ig brg2 yg die ade..kdg die ltk sb nk review dr ig mn yg die bli..da tntu die tu retis,kot xltk t ade yg menanya..kalo org biase loghat nk ltk gk kt ig n fb tu yela nmpk sgt nk mnunjuk2..bgsla johan mnjakn bini die,da tntu somi istri..dr retis yg bru bcnta wt tu ini,lg loya tekak..

    2

    2
  20. Anone says:

    Jozlyn mmg kapel yg poyo…aku nyampah dua2..suke show off..buweekk..
    1000 kali baek cheta.

    0

    10
  21. Mimi says:

    I tak follow sangat ozlynn-johan ni. Tapi suka cara diorang didik anak anak.

    1

    0
  22. johnny bravo says:

    Alah, semua yg bini dia nak mestilah dia bagi sb dia takut bini, queen control. Tapi tak ke membazir duk beli bende2 mahal mcm tu. Taulah duit ko. Simpan jelah duit buat investment, anak2 tu kan ramai. Profession artis ni laku masa muda je. Save for rainy days. Artis2 yg tak sekolah tinggi mcm nilah, yg dia org tau spend spend je. Bila tua pokai. Bila tak berduit tak lama gadai lah handbag2 tu. Bende2 gitu depreciate, at least brg2 kemas appreciate in value. Otak kosong…

    1

    5
    • xxx says:

      kau tau ke dia dah buat investment ke belum. ntah2 dia je tak cite kt org. -_- and ko tau tak, dia dah belikan anak2 dia sorang satu rumah for future….

      4

      0
    • Yekeni says:

      Oh, so for someone yg sekolah tinggi mcm you ni, what is your advice? … and what are your investments? Properties? How many do you have so far? Gold?

      Barang kemas kalau nak kira mcm investment, kenalah beli yg tebal2 mcm rantai kapal … tu pun kena pure gold lah… kalau dengan diamonds ni pun, kena jaga betul2 jugaklah… diamonds harga turun kalau scratched ke apa ke… . tapi…. bahaya jugak kalau disimpan di rumah. So, go for gold bars? kept in bank?

      Ataupun bagi you investment maknanya, beli barang kemas untuk dipakai harian,…. lain kali bila terdesak, gadai….. gitu eh? Itu tak dipanggil investment kot…

      3

      0
    • JoniBrambos says:

      so u nak kabo u yg high higher highest educated ni pandai buat pertimbangan utk masa depan berbanding org yg x sekolah tinggi? Tengok cara u berbicara ni nampak dah memang jenis x reti hargai pasangan hatta sekeping kad ucapan pon. Oh, macam mana I tau eh, I agak je kot macam u agak this couple tadi.

      0

      0
  23. anon says:

    Biasalah melayu, bila berduit sikit show off lah. Menyampah. Bilalah dia nak didik bini dia suruh tutup aurat, anak dah berderet, masih tak sedar diri.

    2

    6
  24. Sabahbilang says:

    Bkn isu pun..i really l0ve 0zlyn n j0han,d0rnglah laki bini yg plng tip t0p d mlysia..yg jeles2 tu pduli d0rang tu c zizan masi single haha

    0

    0
  25. KiahPropa says:

    Akak sokong ko Johan. Memang wajar hargai isteri. Tk mcm sesetengah org. Dh senang,berduit psng lg 1. Semoga Johan sekeluarga kekal bahagia sampai ke Jannah.

    3

    0
  26. Mkhitaryan says:

    Bagusla dia bagi pd isteri..dr cr isteri lain..lg masalah tu..korg TAU TAK YANG DORG PENAH MAKAN NASI DGN KUAH N KONGSI DGN ANAK2..itu masa belom popular..nk mkn pun ssh.dpt beli nasi je.lauk pun xde..kalau dia nk bg pd isteri tu mmg patut..makna nya dia hargai n ingt dri mana kesenangan tu dtg

    2

    0
  27. Yekeni says:

    A good wife is always by her husband’s side, through ups and downs, thick and thin. Dialah tulang belakang suami. Masa susah, tatkala even own siblings pun takkan bantu, wifelah orang yg sentiasa bersama suami. Her sacrifices….. dialah kawan ketawa dan menangis. Pelukan dialah yg menenangkan tangisan suami dikala keluarga suami sendiri berpaling muka… so guys, if you get a wife like this, treasure her sebab dialah yg akan berpimpinan tangan dengan you bila kamu berdua sudah berjalan bongkok dimasa akan datang….

    So tell me, what is wrong with a husband manjakan his wife dengan hadiah2 kalau dia mampu hah?

    But for me, the greatest gift is when my hubby berdoa after solat agar dikekalkan jodoh kami hingga ke jannah…… Amin…

    3

    0
  28. Gadis kesepian says:

    sikap Johan perlu dijadikan contoh oleh ramai lelaki kat luar sana…aku dlu banyak berkorban untuk org yg aku dah sayang…smpi 1 masa dia tinggalkan aku mcm tu jer…Tahniah Johan dan Ozlynn….semoga hubungan kalian kekal bahagia hingga ke Jannah

    0

    0
  29. lin says:

    terharunye tgok johan appreciate bini dia….terharu sgt beb!!!

    0

    0
  30. cik peah says:

    ni mcm ayat2 mertua jeles bile laki tu nmpk manje kan isteri..huhuuu

    0

    0
  31. Reramarerama says:

    Suka tgk suami yg hargai isteri..

    0

    0
  32. Anonymous says:

    Yekeni ooi…yekeni tk ya lah speking kot?yg bca statement suma nie mocik2 tante2 kaka2 yg skola tk brapa nk tinggi tk fhm sepeking engko tu..lgpn apa yg engko ckp tu panjang2 mcm novel suma org da tulis pon dr komen atas lagi..lucu2 hahaha

    0

    3
    • Yekeni says:

      Takkan semua orang malaysia tak tau bahasa inggeris kot? Anyway i am not malay. So salah ke i speak in english and campur malay? For someone who’s not malay but took malay as a 2nd language, don’t you think my malay is darn good? I also had difficulty understanding certain malaysian words yg spellingnya ‘diperbaharukan’ and but i get to know new words from malaysian blogs like this. Life is a learning process. Kalau asyik nak stay at your current level, tak kemanalah. Kalau tak faham nak baca, scroll down. Senang kan?

      So, proper malay language is considered like a novel now? Dah lah mostly malays speak broken english…. now they speak broken malays too?

      0

      0
  33. kau says:

    suka hati dia nk belanje bini dia…korang cbuk2 ni nape………………………………………

    0

    0