Kontroversi Kamal Adli dan Emma Maembong mendapat perhatian yang cukup hangat daripada netizen. Pelbagai kenyataan yang keluar ada kalanya membuatkan Kamal teruk dihentam dan dikatakan syok sendiri menagih cinta Emma sedangkan pelakon wanita itu sudah memberitahu mereka sekadar kawan sahaja sekarang.
Menurut Kamal, beliau tidak kisah dikecam dan tetap tidak berputus asa untuk memujuk Emma agar menerima beliau semula.
Saya sanggup buat apa saja demi Emma. Saya sedaya upaya memujuknya dan saya tidak akan berputus asa. Saya sanggup merendahkan diri demi cinta saya kepada Emma. Saya sanggup pikul segala bebana perasaan, asalkan Emma maafkan saya. Sekali lagi, saya ingin memohon maaf kepada Emma, keluarga dan peminatnya. Saya tahu tindakan saya mengguris hatinya tetapi saya tidak bermaksud mahu mensia-siakan hidupnya. Saya akan menanti Emma selagi terdaya.
Kalau dah namanya cinta, pasti seseorang itu akan sanggup berbuat apa sahaja untuk memujuk cinta hatinya itu. Good luck Kamal Adli, buktikan kasih sayang anda kepada Emma dan kalau satu hari nanti sudah berjaya tawan hati Emma lagi, cepat-cepatlah masuk meminang.