November 8th, 2016

Baru-baru ini pelakon popular Zul Ariffin sekali lagi dilabelkan sombong apabila ada mendakwa beliau menolak permintaan peminat  untuk bergambar ketika berada di sebuah restoran di Tuaran, Sabah.

Berita itu diviralkan oleh peminat itu sendiri yang merupakan pengusaha restoran tersebut.

Menerima pelbagai komen negatif dan sindiran, Zul akhirnya telah tampil menafikan isu viral itu dan menyifatkan ia adalah satu fitnah terhadap dirinya. Zul tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang dikenali sebagai Olenz Aziz kerana telah menjejaskan reputasi serta imejnya.

Ya, memang betul saya ada penggambaran di Sabah ketika itu dan telah singgah di restoran tersebut untuk makan tengahari bersama dua orang rakan dan kru produksi. Seorang pelayan wanita datang ambil order kami dan kali kedua dia ke meja kami dan beritahu pemilik restoran mahu belanja kami makan. Kami senyum dan cakap “okay”.

Kali ketiga, dia beritahu pemilik kedai telefon dan mahu bergambar dengan saya. Saya beritahu kepada dia kami mahu makan dahulu dan minta tunggu sebentar. Seingat saya, tidak keluar langsung ayat ‘please respek, saya tak selesa’ seperti yang didakwa oleh pemilik restoran berkenaan di Facebooknya.

Pada awalnya Zul enggan memikirkan hal berkenaan tetapi keadaan menjadi lebih tegang apabila beliau terus dikecam. Zul mula tertanya apakah motif sebenar pengusaha restoran berkenaan menipu orang ramai.

Mula-mula saya anggap ini perkara kecil sebab itu saya tidak memberikan sebarang kenyataan, tetapi makin dibiarkan makin melampau. Agaknya dia sedang berseronok dengan tuduhan palsu yang dia buat.

Semasa kejadian pemilik restoran tidak ada pun di situ. Saya ada saksi bersama saya, kalau saya ambil tindakan terhadap dia rasanya teruk dia nanti. Dia menipu dan menulis status berbaur provokasi? Apa motif dia? Adakah untuk mendapatkan publisiti murahan ataupun tujuan viral?

Menurut Zul, beliau ke Sabah untuk penggambaran Tombiruo dan filem tersebut adalah berkenaan penduduk di negeri tersebut serta tuduhan Olenz Aziz itu adalah sesuatu yang sangat serius dan melampaui batas.

Jadi, logik atau tidak saya tidak hormat orang Sabah? Sedangkan saya perlu bekerjasama dan mendalami cara hidup mereka di sana.

Tindakan dia menjejaskan nama baik dan prestasi saya. Kalau dia mahu popular, saya boleh buat dia popular. Komen dia  berbaur hasutan dan saya tidak boleh terima.

Kadang-kadang kita tidak sedar ada kelakuan kita mengguris hati orang lain. Apa yang sebenarnya terjadi hanya Zul dan Olenz sahaja yang tahu.

Sumber Berita : Astro Gempak


Comments are closed.

Loading...