November 1st, 2018

Viral di media sosial baru-baru ini apabila seorang pengguna Twitter memuat naik foto ‘throwback’ Aliff Satar yang masih muda ketika awal kemunculannya dalam industri hiburan selepas menyertai program One in a Million.

Jauh betul wajah dan penampilan Aliff jika hendak dibandingkan dengan dirinya sekarang yang dikatakan semakin kacak. Kata netizen, mungkin salah satu sebab gaya penyanyi itu berubah kerana beliau kini lebih popular dan sudah berkemampuan dari segi faktor kewangan. Biasalah, mesti anda juga selalu dengar kata-kata ini “kalau dah ada duit semua benda boleh buat”.

Tweet itu juga mendapat perhatian Aliff sendiri yang memberikan respon yang sangat ‘cool’.  Jelas beliau, perubahan utama dirinya bukanlah kerana faktor duit seperti yang disangkakan ramai sebaliknya sikap positif dan keyakinan tinggi yang mampu mengubah personaliti seseorang termasuklah menjaga hubungan dengan Tuhan.

Satu perkongsian yang amat baik daripada Aliff kan? Memanglah kalau ada duit yang banyak boleh buat apa sahaja, tetapi setiap apa yang dilakukan seharusnya lahir daripada diri kita sendiri. Kemahuan untuk berubah itu yang paling penting.

Sumber Berita : meinmokhtar


11 responses to “Dikatakan Semakin Kacak, Aliff Satar Beri Respon Yang Sangat ‘Cool’”

  1. rowena says:

    cam tu lah, ada je komen bodoh dr netizen ug dungu. ucap tahniah je dahlah

  2. Anonymous says:

    Lain la hidung…

  3. Anonymous says:

    Hidung dulu kembang

  4. bunga says:

    alif satar ni tak handsome tapi manis. mcm kata tan sri p.ramlee. “lawa takde,manis ada”..

Loading...