Dikatakan Rapat Dengan Kerabat Diraja : Fattah Amin Doakan Kebahagiaan Neelofa

Hiburan

Dikatakan Rapat Dengan Kerabat Diraja : Fattah Amin Doakan Kebahagiaan Neelofa

Fattah Amin yang pernah menjalinkan hubungan Neelofa mendoakan kebahagiaan wanita itu selepas mendengar berita serta pengakuan Neelofa yang kini sedang rapat dengan kerabat diraja. Fattah dapat menerima berita itu dengan tenang dan sebagai sahabat beliau juga akan sentiasa mendoakan dan menyokong setiap apa yang dilakukan oleh Neelofa.

Advertisement

Sebagai kawan dan sahabat, saya mendoakan kebahagiaan dalam apa sahaja keputusan yang dilakukan. Saya juga sentiasa memberi sokongan apa yang baik untuk kehidupan dan masa depan dia.

Berbicara mengenai pengakuan Neelofa bahawa mereka pernah bersama sejak minggu pertama bergandingan dalam drama Suri Hati Mr Pilot, Fattah bagaimanapun lebih selesa untuk tidak memberikan sebarang komen mengenainya kerana ingin menjaga hati banyak pihak.

Saya tidak boleh komen kerana ia melibatkan banyak pihak dan saya tidak mahu kenyataan saya akan menimbulkan perkara yang buruk.

Pada masa yang sama, Fattah berharap peminat Lofattah akan tetap menyokong karier mereka berdua meskipun tidak bersama.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...