Dikatakan Menghina Kereta Uzur, Fahmi Fadzil Bantu Pemandu Tersebut Jalani Pembedahan Mata

Kehidupan

Dikatakan Menghina Kereta Uzur, Fahmi Fadzil Bantu Pemandu Tersebut Jalani Pembedahan Mata

Sebelum ini tular di media sosial apabila tweet dari Ahli Parlimen, Fahmi Fadzil yang dikatakan menghina sebuah kereta uzur. Dalam perkongsiannya itu, ramai yang tidak berpuas hati dan menuduh beliau tidak menghormati golongan berpendapatan rendah.

Selepas kejadian itu, beliau telah memohon maaf kerana salah faham yang berlaku. Kini, melalui laman rasmi Facebook nya, beliau mendedahkan sudah berjumpa dengan pemandu kereta terbabit.

Advertisement

tweet yang tular

“Nama beliau Yap Chi Hoe. Beliau berusia 39 tahun dan tinggal di Klang. Ibu bapa beliau sudah tiada. En Yap bekerja sebagai pemandu lori (bukan pemandu Grab).”

Melalui pertemuan itu juga, Encik Yap memaklumkan dia tidak mengenali individu bernama Riza Tan seperti yang tular sebelum ini.

Pada mulanya, Encik Yap tidak mahu bertemu walaupun beliau katakan hanya ingin meminta maaf sahaja. Selepas beberapa hari kemudian, dia bersetuju untuk berjumpa dan menghubunginya.

Pada 8 September, En Yap terlibat dalam satu kemalangan di satu lebuhraya apabila dilanggar sebuah lori kontena dari belakang. Beliau telah menunggu tow truck, dan kerana beliau perlu tepati temu janji maka telah membuat keputusan untuk tetap memandu kereta yang telah dilanggar lori kontena itu.

kereta di jalan raya
Dalam pertemuan itu, beliau mendapati Encik Yap menghadapi masalah penglihatan yang mungkin mengakibatkan kehilangan penglihatan total, dan membuat keputusan untuk mengusahakan bantuan sebaik mungkin.

“Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana pihak pengurusan Pantai Hospital Kuala Lumpur telah bersetuju untuk membantu secara pro bono sebagai sebahagian dari projek CSR mereka.”

pesakit di hospital
Pihak doktor pakar mata memberitahu satu mata beliau mengalami masalah ‘chronic retinal detachment’, dan satu lagi perlu laser. Encik Yap selamat menjalani pembedahan dan kini mendapat sedikit rawatan susulan.

Menyentuh mengenai hal kereta miliknya itu, kereta tersebut dianggap sebagai ‘total loss’ dan pihak insurans akan membantu beliau sepenuhnya.

Sumber: Facebook 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...