Sebelum ini tular di media sosial apabila tweet dari Ahli Parlimen, Fahmi Fadzil yang dikatakan menghina sebuah kereta uzur. Dalam perkongsiannya itu, ramai yang tidak berpuas hati dan menuduh beliau tidak menghormati golongan berpendapatan rendah.
Selepas kejadian itu, beliau telah memohon maaf kerana salah faham yang berlaku. Kini, melalui laman rasmi Facebook nya, beliau mendedahkan sudah berjumpa dengan pemandu kereta terbabit.
“Nama beliau Yap Chi Hoe. Beliau berusia 39 tahun dan tinggal di Klang. Ibu bapa beliau sudah tiada. En Yap bekerja sebagai pemandu lori (bukan pemandu Grab).”
Melalui pertemuan itu juga, Encik Yap memaklumkan dia tidak mengenali individu bernama Riza Tan seperti yang tular sebelum ini.
Pada mulanya, Encik Yap tidak mahu bertemu walaupun beliau katakan hanya ingin meminta maaf sahaja. Selepas beberapa hari kemudian, dia bersetuju untuk berjumpa dan menghubunginya.
Pada 8 September, En Yap terlibat dalam satu kemalangan di satu lebuhraya apabila dilanggar sebuah lori kontena dari belakang. Beliau telah menunggu tow truck, dan kerana beliau perlu tepati temu janji maka telah membuat keputusan untuk tetap memandu kereta yang telah dilanggar lori kontena itu.
“Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana pihak pengurusan Pantai Hospital Kuala Lumpur telah bersetuju untuk membantu secara pro bono sebagai sebahagian dari projek CSR mereka.”
Menyentuh mengenai hal kereta miliknya itu, kereta tersebut dianggap sebagai ‘total loss’ dan pihak insurans akan membantu beliau sepenuhnya.
Sumber: Facebook