Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri.
Pepatah ini sesuai digunakan untuk situasi malang yang menimpa seorang rakyat Malaysia yang mencari rezeki di negara seberang tambak, Singapura.
Nur Sabrina Binti Ahmad telah ditahan oleh polis Singapura atas kesalahan perniagaan sejak 1 Jun lalu. Bukan itu sahaja, passportnya juga ditahan oleh pihak penguatkuasa di sana dan tak dibenarkan pulang ke Malaysia sehingga siasatan habis dijalankan dan hukuman dijatuhkan ke atas dirinya.
Dia berniaga di salah sebuah pusat membeli belah di sana selama lebih kurang dua minggu sebelum ditahan kononnya untuk mengambil keterangan daripada pihaknya. Sebelum itu, rakannya yang turut berkongsi booth jualan juga ditahan dan barang-barang mereka disita.
Kawan sendiri pon tak nak jamin
Tak dibenarkan bekerja, sewa rumah $600 sebulan
Semoga dipermudahkan segala urusan Sabrina di sana dan ada pihak yang boleh membantu menyelesaikan kes ini. Untuk rakyat Malaysia yang lain, berhati-hati teutamanya untuk mereka yang bekerja di Singapura.