Kecantikan alam semula jadi yang luar biasa memang tidak dapat disangkal lagi apabila para saintis dari Nasa yang menjelajah permukaan Marikh, menemui mineral dan batu di Tasik Salda di barat daya Turki.
Ia ditemui di Tasik Salda yang paling dekat dijumpai di sekitar Jezero Crater di mana kapal angkasa Perseverance mendarat. Ia sekali gus dapat membantu saintis dalam misi mencari jejak fosil kehidupan mikro yang disimpan dalam sedimen yang mungkin tersimpan di sekitar delta dan tasik yang sudah lama tenggelam.
“Salda akan berfungsi sebagai analog di mana kita dapat belajar dan mengkaji”.
Penyelaras sains Nasa, Thomas Zurbuchen berkata demikian kepada Reuters.
Sementara itu, para saintis dari Amerika Syarikat (AS) dan Turki melakukan penyelidikan di pinggir tasik berkenaan sekitar tahun 2019. Ia dikenali sebagai Maldives Turki disebabkan airnya yang biru dan bersih serta pantainya yang putih.
Mereka mendakwa sedimen di sekitar tasik yang terhakis adalah disebabkan longgokan besar yang terbentuk oleh microbialite. Para saintis bertekad mahu mengkaji sama ada terdapat hidupan mikro di Jezero Crater.
Dalam masa yang sama, mereka juga mungkin akan membandingkan pantai Tasik Salda dengan mineral karbonat yang terbentuk daripada karbon dioksida dan air.
“Apabila kita menjumpai sesuatu melalui Perseverance, kita boleh kembali ke Tasik Salda untuk melihat kedua-dua proses, (melihat) persamaan dan perbezaan dengan apa yang ditemui Perseverance”.
Pada tahun 2031, dijangka sampel batu yang digali dari tanah Marikh perlu disimpan di permukaan sebelum diambil dan dihantar ke Bumi pada dua misi akan datang.