Dikatakan cepat ‘move on’ selepas bercerai dengan Fazura tahun lalu, pelakon Fattah Amin akhirnya tampail bersuara dan berkata setiap individu ada cara tersendiri meneruskan kehidupan selepas melalui episod perpisahan.
Bagi aktor berusia 35 tahun itu, tidak ada salahnya jika seseorang itu melupakan kisah silam kerana setiap individu melalui fasa kehidupan yang berbeza.
Semua yang terjadi ada hikmah dan jodoh saya pun sudah ditetapkan sekali. Apa yang saya lalui ini adalah takdir dan jalan yang Allah tetapkan.
Jadi , soal saya ‘move on’ atau sama ada saya dapat jodoh cepat mahupun lambat, saya serah pada Allah… Itu sahaja.
Dalam pada itu, Fattah juga tidak menafikan bahawa sesetengah lelaki cepat ‘move on’ berbanding wanita namun ia juga bergantung kepada apa yang dilalui dalam kehidupan.
Mungkin ada sebab mereka cepat melupakan, kena tanya dia balik. Ada pula yang lambat melupakan, bagi saya, cepat atau lambat terpulang pada individu. Sama juga seperti jodoh, ada yang datang cepat dan ada jodoh yang lambat.