Dikata Macam Bini Popeye, Gaya Rambut Intan Najuwa Dikritik Netizen – “Saya Tak Guna Duit Anda Untuk Potong Rambut”

Hiburan

Dikata Macam Bini Popeye, Gaya Rambut Intan Najuwa Dikritik Netizen – “Saya Tak Guna Duit Anda Untuk Potong Rambut”

Pelakon Datin Intan Najuwa memaklumkan bahawa dia tidak kisah jika ada orang menggelarnya dengan gelaran bini Popeye gara-gara memotong rambut pendek.

Ujarnya, dia sama sekali tidak menggunakan duit orang di luar sana untuk menata rias rambutnya dan suami tersayang turut menyukai gaya rambut terbarunya itu.

Advertisement

Saya tak kisah macam girlfriend popeye ke, macam girlfriend shrek ke, macam girlfriend sesiapa pun tak kisah, yang penting saya gembira rambut panjang ke pendek.

Saya tak guna duit anda untuk gunting rambut. Suami saya suka. Saya tak perlu minta kebenaran anda dan suami.

Dia juga meminta netizen di luar sana untuk lebih beradab dalam meninggalkan sebarang komen di media sosial kerana tidak semua orang adalah ‘sahabat’ di alam maya.

Anda tak kenal orang itu tapi cakap pasal orang itu. Dia macam tak elok. Perlu belajar mengenai adab dan mungkin kena belajar cara nak tegur orang yang anda tak kenal. Tak semua orang kawan kita.

Intan yang kini hamil anak pertama turut berkongsi perkembangan terkini kehamilan  di mana berat badannya tidak pernah melebihi 43 kilogram.

Bila dah lebih saya rasa macam tak biasa. Muka macam donut. Saya makan donut sambal 10 ketul. Saya rasa makan tak kenyang-kenyang. Selalu makan nasi dah habis kenyang kan? Ini saya rasa tak.

Sekadar info, Intan Najuwa bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf pada 18 Ogos 2023 yang lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fizi woo nafi aliff aziz duta jenama
4 weeks ago

"Bella Astillah Pun Pakai Baju Kami" - FiziWoo Nafi Dakwaan Netizen Mengenai Isu 'Bestfriend' Dengan Ruhainies Dan Aliff Aziz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...