Anak kepada penyanyi tersohor Datuk Zainal Abidin, iaitu Timur Gabriel, tampil meluahkan rasa kecewa apabila terdapat segelintir pihak mempersoalkan kebolehannya bertutur dalam Bahasa Melayu.
Menurut Timur, apa yang lebih mengecewakan ialah apabila ada individu yang mengaitkan identiti bapanya dengan kelancaran pertuturannya seolah-olah kelayakan atau penerimaan seseorang diukur melalui kemampuan berbahasa semata-mata.
Saya boleh terima bila saya pergi ke luar negara dan orang tanya kenapa english saya sangat bagus, saya faham kenapa tapi bila balik Malaysia tempat kelahiran saya mereka tanya kenapa bahasa Melayu bunyi sangat janggal? Bukan ayah kau Melayu ke.
Ayah? Ayah yang mana… parents saya cerai, saya tinggal dengan mak saya dan dia Cina,
Walaupun tidak menyebut secara terperinci komen yang diterimanya, luahan Timur mengundang simpati ramai yang memahami bahawa latar belakang keluarga seni tidak wajar dijadikan alasan untuk menilai sesiapa, apatah lagi dengan nada merendahkan.
Macam mana nak belajar bahasa Melayu, Exposure pun dekat sekolah sahaja. Lepas tu orang tanya kenapa tak boleh cakap Cina? Mak saya post-colonialism Cina. Bahasa cina dia teruk jadi macam mana dia nak ajar saya cakap Cina.
Isu ini turut mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen yang berpendapat bahawa tahap kefasihan bahasa bukan kayu ukur nilai seseorang, malah perkara tersebut boleh dipelajari dan diperbaiki.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

