Mengakui dirinya amat memandang tinggi golongan wanita yang berusaha untuk menjaga aurat dan maruah tidak kira apa juga latar belakang keluarga dan kerjaya, pendakwah bebas dan pelakon PU Riz tampil bersuara apabila dirinya sering kali dikaitkan dengan usahawan dan pengacara terkenal, Neelofa.
Kata Riz, hubungan dengan wanita itu hanyalah atas dasar kerja. Hal ini kerana, beliau mendedahkankan sudah lama dirinya menjalinkan kerjasama dengan Neelofa menerusi beberapa program.
“Hubungan saya dan dia (Neelofa) atas dasar kerja. Saya sudah lama bekerjasama dengannya untuk beberapa program dan Alhamdulillah berjaya. Kita bekerja sahaja, pergi kemana-mana dengan dia pun untuk menyampaikan dakwah dan tidak membabitkan soal hati dan perasaan.”
Menurutnya, beliau kini difahamkan tidak boleh menghalang atau menutup mulut mana-mana pihak yang tidak henti-henti mengaitkannya dengan Neelofa.
“Kalau netizen nak cakap apa, saya tak ada kuasa nak kawal apa yang mereka nak perkatakan. Apa yang pasti saya buat untuk akhirat. Kalau boleh saya nak buat benda-benda maaruf sahaja dan mengingatkan kita tentang Allah.”
Advertisement
Disoal berkenaan status terkini, Riz memaklum bahawa secara umum bukan caranya untuk bercinta sakan.
“Belum kahwin lagi. Girlfirend-girlfriend tak ada dalam agama. Kalau nak kenal dengan seseorang tiada masalah. Kita tak ada nak mengorat, bukan stail kita,”
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila wujud khabar angin yang mengatakan Riz menjalinkan hubungan rapat dengan personaliti popular itu sejak Ramadan lalu. Namun segalanya terjawab apabila Riz tampil menafikan perkara tersebut.
Sumber: Gempak

Anonymous
September 9, 2020 at 5:18 pm
Tak jelas gmbr bebirdnye,so tk tahu agam ke tak
Anonymous
September 10, 2020 at 4:15 pm
bodoh jgk ko ni tak kan gambar bebird tu nak tunjuk..msti laa kne blur dl…adooiiii…tp y penting muka dia tetap jelas nmpk…
Anonymous
September 9, 2020 at 2:14 pm
bukan PU ni dulu ade terpalit dgn isu “tunjuk bebird” ke???puiiii…ckp psl dakwah, kerna Allah…adoiiii…tp blkg suka tgk porn…