Ahli Parlimen, Rafizi Ramli mengesahkan telah menerima surat tuntutan “cease and desist” dari Tetuan Ahmad Deniel, Ruben & Co, mewakili Datuk Wira Farhash Wafa Salvador, bekas Setiausaha Politik Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Surat bertarikh 22 Ogos 2025 tersebut meminta Rafizi berhenti mengeluarkan kenyataan serta meminta maaf berhubung satu kenyataan yang dibuatnya mengenai urusan syarikat yang dikaitkan dengan Datuk Wira Farhash.
“ ”
Saya mengesahkan telah menerima satu surat dari Tetuan Ahmad Deniel, Ruben & Co yang mewakili Datuk Wira Farhash Wafa Salvador, bekas Setiausaha Politik Dato’ Seri… pic.twitter.com/dftOplAAjA
— Rafizi Ramli (@rafiziramli) August 25, 2025
Dalam kenyataan balasnya, Rafizi menegaskan bahawa kenyataan yang dikeluarkannya adalah penyataan fakta dan beliau bersedia untuk mempertahankan fakta tersebut di mahkamah. Beliau juga memaklumkan bahawa perkara tersebut telah diserahkan kepada peguamnya, Razlan Hadri Zulkifli dari Tetuan Gan, Ho & Razlan Hadri untuk tindakan lanjut.
Rafizi menyatakan bahawa jika Datuk Wira Farhash memfailkan saman, ia akan menjadi kes berkepentingan awam dan peguam-peguamnya berpeluang untuk menyoal pelbagai persoalan yang telah timbul selama ini.