Dijual Dengan Harga RM2999, Apple Perkenalkan Model Telefon Pintar Baru Iphone 16e

Teknologi

Dijual Dengan Harga RM2999, Apple Perkenalkan Model Telefon Pintar Baru Iphone 16e

Pagi tadi, Apple perkenalkan jenama model telefon pintar terbaru iaitu Iphone 16e yang juga dalam satu ‘keluarga’ SE.

Harga yang lebih berpatutan, pengganti Iphone SE

Iphone 16e merupakan satu pilihan yang mampu milik untuk peminat telefon pintar keluaran Apple, bahkan boleh beralih ke generasi terkini yang dilengkapi dengan teknologi lebih canggih, sekaligus mengganti Iphone SE generasi ke-3 tahun 2022.

Advertisement

Lebih menarik, Iphone 16e ini dilengkapi dengan model selular yang dibangunkan sendiri oleh Apple iaitu Apple C1 yang didakwa model paling cekap tenaga setakat ini.

Dalam pada itu, kamera utama untuk model ini adalah 48-megapixel Fusion, di mana seseorang boleh mengambil gambar atau video dengan cantik.

Bateri tahan lebih lama, rakam video 4k

Bahkan, kamera utama Iphone 16e ini turut mampu untuk merakam video 4K dengan Dolby Vision sehingga 60fps dan rakaman gerak perlahan 1080p pada 240fps, sementara kamera depan mempunyai lensa 12MP f/1.9 yang mampu rakam 4K dengan Dolby Vision.

iphone 16e

Biarpun dijual dengan harga mampu milik, Apple mendakwa Iphone 16e ini mempunyai jangka hayat bateri yang boleh bertahan lama dek kerana pengurusan kuasa lebih efisien dengan adanya cip baharu dan sistem kebijaksanaan AI.

7 days ago

Aplikasi Apple TV Kini Boleh Dilayar Pengguna Android Di Seluruh Dunia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Wired

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...