“Dijeling Setiap Kali Mesra Dengan Suami” – Wanita Rimas Adik Ipar Kuat Cemburu, Siap Nak Tidur Sekali

Kehidupan

“Dijeling Setiap Kali Mesra Dengan Suami” – Wanita Rimas Adik Ipar Kuat Cemburu, Siap Nak Tidur Sekali

Baru-baru ini, tular di media sosial Twitter mengenai pendedahan seorang wanita yang baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama suami sekitar dua bulan yang lalu.

Menurut wanita tersebut, suaminya mempunyai seorang adik perempuan yang masih belum berkahwin lagi.

Advertisement

Bagaimanapun, wanita itu buntu apabila adik iparnya itu mempunyai sikap kuat cemburu setiap kali dia bermesraan bersama suami.

Bila suami saya pegang tangan atau bermanja dengan saya, tolong ambilkan makanan minuman, mesti dia akan jeling dan tak puas hati dengan saya.

Malah, apabila setiap kali menaiki kereta adik iparnya juga akan menegaskan untuk duduk di penumpang hadapan semasa suaminya memandu sehinggakan si isteri terpaksa duduk di penumpang belakang.

Walaupun suami dah nasihat kan dia, mesti dia berkeras juga lepastu merajuk tarik-tarik muka.

Bukan itu sahaja, wanita itu turut terkilan apabila adik iparnya sanggup tidak menghadiri majlis keluarga kerana tahu akan kehadirannya.

Kalau balik kampung rumah nenek suami saya, mesti dia nak tidur tepi suami saya, rasa macam hilang privacy.

Gambar Hiasan

Dalam pada itu, wanita itu menjelaskan bahawa dia faham mereka mempunyai hubungan adik beradik yang akrab namun terkesan kerana rasa hilang keistimewaan sebagai seorang isteri.

Bila adik ipar tahu suami belikan barang atau bawa saya bercuti, nanti mesti dia request benda sama dekat suami saya.

Menurutnya lagi, dia berasa kasihan melihat suaminya yang terpaksa melayan pelbagai permintaan walaupun adiknya itu sudah mempunyai pekerjaan sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

warga asing makan nasi lauk garam, bawang, cili
1 year ago

"Nampak Kesian Tapi.." - Hari-Hari Lauk Garam & Bawang, Pekerja Asing Berjaya Simpan RM800,000

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...