Baru-baru ini, tular di media sosial Twitter mengenai pendedahan seorang wanita yang baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama suami sekitar dua bulan yang lalu.
Menurut wanita tersebut, suaminya mempunyai seorang adik perempuan yang masih belum berkahwin lagi.
Bagaimanapun, wanita itu buntu apabila adik iparnya itu mempunyai sikap kuat cemburu setiap kali dia bermesraan bersama suami.
Bila suami saya pegang tangan atau bermanja dengan saya, tolong ambilkan makanan minuman, mesti dia akan jeling dan tak puas hati dengan saya.
Malah, apabila setiap kali menaiki kereta adik iparnya juga akan menegaskan untuk duduk di penumpang hadapan semasa suaminya memandu sehinggakan si isteri terpaksa duduk di penumpang belakang.
Walaupun suami dah nasihat kan dia, mesti dia berkeras juga lepastu merajuk tarik-tarik muka.
Bukan itu sahaja, wanita itu turut terkilan apabila adik iparnya sanggup tidak menghadiri majlis keluarga kerana tahu akan kehadirannya.
Kalau balik kampung rumah nenek suami saya, mesti dia nak tidur tepi suami saya, rasa macam hilang privacy.
Dalam pada itu, wanita itu menjelaskan bahawa dia faham mereka mempunyai hubungan adik beradik yang akrab namun terkesan kerana rasa hilang keistimewaan sebagai seorang isteri.
Bila adik ipar tahu suami belikan barang atau bawa saya bercuti, nanti mesti dia request benda sama dekat suami saya.
Menurutnya lagi, dia berasa kasihan melihat suaminya yang terpaksa melayan pelbagai permintaan walaupun adiknya itu sudah mempunyai pekerjaan sendiri.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.