August 22nd, 2019

Jutaan tahniah diucapkan kepada Neelofa yang telah pun selamat mengerjakan ibadah haji. Bukan semua orang dapat menunaikan ibadah yang amat dituntut ini pada usia muda. Lepas ini kena panggil Neelofa dengan gelaran “Hajah Neelofa” pulaklah. Apa pun, buat masa ini pengacara popular tersebut terpaksa dikuarantin selama seminggu selepas disahkan dijangkiti Influeanza A sebaik sahaja pulang dari Mekah.

neelofa hajah

Disebabkan Influenza A boleh berjangkit, Neelofa telah membatalkan segala temu janjinya. Malah Hajah Neelofa juga tidak menerima mana-mana pihak yang ingin melawatnya. Ini adalah satu langkah yang amat bagus dan harus dipuji. Tulis Neelofa:-

Advertisement

Dengan rendah hati saya ingin mohon maaf kepada semua pelanggan, rakan kongsi dan mereka yang sudah membuat temujanji dengan saya sepanjang minggu ini. Saya juga terpaksa menolak dengan baik menghadiri semua jemputan majlis dan sesiapa yang berhasrat untuk melawat saya kerana ia berjangkit. Semoga saya sihat pada minggu hadapan dan kembali bekerja seperti biasa

neelofa

Sama-sama kita doakan agar Neelofa cepat sembuh dan dapat melakukan kerja seperti biasa. Ambil peluang ini untuk berehat sepenuhnya dan “recharge” tenaga. Semoga Hajah Neelofa akan kembali lebih ceria, sihat dan aktif. Insya Allah.

Advertisement

23 responses to “Dijangkiti Influenza A Selepas Tunaikan Haji, Neelofa Dikuarantin Seminggu”

  1. Kak Teh says:

    Rest cukup2 lopa..kifarah dtg itu tanda Allah sayang..moga cepat sembuh

  2. Anonymous says:

    Influenza xder kena mgena sama bisul. Influenza A ni selsema burung la dlm bahasa yg mudah dihadam.

  3. Anonymous says:

    Pesakit biasanya menghidap demam yang tinggi, batuk, sakit kerongkong, berhingus, sakit otot dan badan, sakit kepala dan keletihan. Gejala ini juga boleh membawa kepada kemurungan
    Influnza ini biasanya dtg dri virus mnusia dn haiwan.

    • Anonymous says:

      Bila ada dmam yg pnas..drh2 akn mgalir tak stabil.. lalu mmbentuk satu bunjulan2 kecil2 Dan lma klamaan jdi bisul..dan nanah tulah virus tersebut…betulkah…betulkah..

  4. anonymous says:

    keh keh keh bisul bonar

  5. Anonymous says:

    anak aku dpt influnza jugak bbaru ni, ubatnya mahal giler rm200.00 utk 10 biji, makan 7 biji, dpt sakit bisul.

    lpas ni Hajah Lopak akan dpt bisul pulak…

Loading...