August 22nd, 2019

Jutaan tahniah diucapkan kepada Neelofa yang telah pun selamat mengerjakan ibadah haji. Bukan semua orang dapat menunaikan ibadah yang amat dituntut ini pada usia muda. Lepas ini kena panggil Neelofa dengan gelaran “Hajah Neelofa” pulaklah. Apa pun, buat masa ini pengacara popular tersebut terpaksa dikuarantin selama seminggu selepas disahkan dijangkiti Influeanza A sebaik sahaja pulang dari Mekah.

neelofa hajah

Disebabkan Influenza A boleh berjangkit, Neelofa telah membatalkan segala temu janjinya. Malah Hajah Neelofa juga tidak menerima mana-mana pihak yang ingin melawatnya. Ini adalah satu langkah yang amat bagus dan harus dipuji. Tulis Neelofa:-

Dengan rendah hati saya ingin mohon maaf kepada semua pelanggan, rakan kongsi dan mereka yang sudah membuat temujanji dengan saya sepanjang minggu ini. Saya juga terpaksa menolak dengan baik menghadiri semua jemputan majlis dan sesiapa yang berhasrat untuk melawat saya kerana ia berjangkit. Semoga saya sihat pada minggu hadapan dan kembali bekerja seperti biasa

neelofa

Sama-sama kita doakan agar Neelofa cepat sembuh dan dapat melakukan kerja seperti biasa. Ambil peluang ini untuk berehat sepenuhnya dan “recharge” tenaga. Semoga Hajah Neelofa akan kembali lebih ceria, sihat dan aktif. Insya Allah.


23 responses to “Dijangkiti Influenza A Selepas Tunaikan Haji, Neelofa Dikuarantin Seminggu”

  1. Anonymous says:

    gelakk juga baca komen2 yg serba tau..klu tak pernah or kerap gi sana jgn loh sok tau..mmg cuaca sana klu org alah mmg koman kena..tapi toh kan rahmat..yolohh jadi tetamu Allah..byk pun harta kesihatan klu Allah tak jemput susah jugak..belum di bukakan..kadang kita pergi sana berkali2 nak buat yg terbaikk..nak btul2 amalan toh diterima..selagi termampu..apa org arab bilang mereka buat dosa senag jer pergi kat maakah bolak balik minta pengampunan.itu yg pernah org arab bilang.

Loading...