Terkena Demam Denggi, Shaheizy Sam Sambut Hari Jadi Di Hospital

Hiburan

Terkena Demam Denggi, Shaheizy Sam Sambut Hari Jadi Di Hospital

Besar sungguh dugaan yang melanda Shaheizy Sam di kala hari jadinya yang ke 32 ini. Hari ini 4 September adalah hari kelahiran pelakon hebat ini. Malangnya Shaheizy Sam dijangkiti demam denggi dan terpaksa menyambut hari penuh makna ini di atas katil hospital. Sesungguhnya Allah tidak akan menguji seseorang itu dengan ujian yang tidak mampu dihadapinya. Semoga Shaheizy Sam tabah.

shaheizy sam

Advertisement

Demam denggi sekarang ini di Malaysia menunjukkan peningkatan yang amat membimbangkan. Kita semua kenalah berhati-hati. Kalau ada tanda-tanda seperti demam panas dan sakit-sakit sendi, segeralah ke hospital. Namun kalau sudah terkena demam denggi, mungkin boleh cuba memakan sup ketam dan pelbagai lagi tips yang boleh didapati di laman sosial.

shaheizy sam

Marilah sama-sama kita doakan agar Shaheizy Sam cepat pulih daripada demam denggi ini. Nanti dah sihat boleh buat kenduri doa selamat sekali untuk sambutan hari jadinya. Umur dah 32 tahun ini memang molek benar untuk Sam mula berfikir mengenai rumahtangga. Tak sabar rasanya nak tengok Shaheizy Sam dan pilihan hati di jinjang pelamin. Semoga akan tercapai hasrat tersebut dalam masa terdekat ini. Amin.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...