Menjelang 2030, dijangkakan seramai 800 juta pekerja di seluruh dunia akan kehilangan pekerjaan akibat peningkatan penggunaan robot dan automasi – bersamaan satu per lima daripada tenaga buruh yang ada kini.
Kenyataan ini adalah berlandaskan sebuah laporan baru yang merangkumi 46 buah negara dan lebih dari 800 pekerjaan yang dikeluarkan oleh sebuah firma penyelidikan McKinsey & Co.
Syarikat perundingan itu berkata ianya impak ini akan dirasai oleh kebanyakan negara-negara maju. Operator mesin, pekerja makanan segera, dan pekerja bukan pejabat adalah merupakan yang paling banyak terjejas jika teknologi automasi menular dengan cepat di tempat kerja mereka.
Jika kepesatan dalam memasukkan teknologi robot tidak pesat sekali pun, dijangkakan ia masih akan menjejaskan lebih 400 juta pekerja, menurut kajian McKinsey Global Institute.
Namun begitu, pertukaran ini juga akan memberikan mereka peluang untuk mendapat pekerjaan baru, walaupun terpaksa untuk mempelajari benda dan kemahiran baru.
Kita semua terpaksa untuk belajar benda baru dan dari semasa ke semasa jika teknologi automasi dan robot mengganti pekerjaan kita.
menurut Michael Chui, rakan kongsi di institusi tersebut di dalam temubual yang diadakan.