Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Dijangka Lahir April 2021, Siti Nurhaliza Bakal Timang Anak Lelaki

Mendedahkan dirinya hamil anak kedua, penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil mengumumkan beliau bakal menimang cahaya mata lelaki yang dijangka dilahirkan April tahun depan. 

Advertisement

Pengumuman itu didedahkan oleh Siti sendiri menerusi sesi siaran langsung dalam aplikasi beli-belah Shopee hari ini. 

Menerusi siaran langsung itu, Siti dilihat seakan membiarkan pengacara terus berteka-teki mengenai jantina anak keduanya meskipun sudah mengetahuinya lebih awal. 

Advertisement

Namun, ketika Siti yang bersama suaminya Datuk K bertindak meletupkan belon hitam tersebut, lantas terjawab yang mereka anak menimang anak lelaki nanti.

Lebih menarik, menurut Datuk K, nama anak keduanya akan bermula dengan Muhammad diikuti dengan huruf A yang akan diumumkan nanti. 

Terdahulu kecoh di media sosial apabila Siti mendedahkan kepada umum bahawa beliau kini sedang hamil anak kedua dan usia kandungannya difahamkan telah lebih empat bulan. 

Sumber: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. tecit

    December 14, 2020 at 10:17 am

    taniah tokti & tok k semoga tokti & kandungan diberikan kesihatan berpanjangan dan selamat dilahirkan. dipermudahkan segala urusan. aminn..

  2. Armadan Hamdan

    December 12, 2020 at 7:13 pm

    TAHNIAH DATO CT.. SEMOGA DIPERMUDAHKAN..

  3. JOHARI

    December 12, 2020 at 5:29 pm

    tahniah dato ct… semoga semuanya sihat dan dipermudahkan

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top