Boleh dikatakan berita orang hilang sejak kebelakangan ini sering kali kita dapat lihat tular di platform media sosial dan berita sedemikian sememangnya mendatangkan rasa risau buat ibu bapa di luar sana.
15 tahun bomoh culik
Bukan saja di negara kita, malah di negara jiran iaitu di Indonesia turut berlaku kejadian orang hilang ini dan antara kejadian yang menarik perhatian adalah kisah seorang gadis yang bernama Hasni dijumpai selepas 15 tahun dilaporkan hilang.
Gadis tersebut telah dibawa lari oleh seorang bomoh bernama Tete Jago di kampungnya lalu disorokkan dalam celahan batu seakan-akan gua yang cuma berjarak jauh 100 meter dari rumah si pelaku.
Hal yang lebih mengejutkan kerana keluarga gadis itu pernah meminta pertolongan Teta Jago untuk mencari anak mereka tetapi bomoh itu menipu dengan berkata gadis itu telah pergi jauh dari kawasan tersebut.
Tanpa disedari orang kampung, rumah si pelaku sebenarnya ada di sekeliling mereka dan gadis terbabit sudah hilang sejak tahun 2003, dijumpai pula pada tahun 2018.
Dihamilkan 6 kali, semua anak ‘diambil’ bomoh
Difahamkan dari sebuah portal, Hasni diculik sejak umurnya 13 tahun dan dijadikan sebagai ‘alat’ ritual memanggil jin ketika Teta Jago melakukan aktiviti paranormal.
Lebih teruk, Hasni dilayan seperti binatang, malah dianiaya secara fizikal dan pernah dihamilkan sebanyak 6 kali berturut-turut, tetapi semua anak itu telah ‘diambil’ oleh bomoh itu.
Disebabkan Teta Jago menggunakan ‘kuasa’ bomoh, di mana gadis itu tetap terus tunduk dengan perintahnya dan tidak mempunyai daya untuk melarikan diri.
Hal yang menyedihkan apabila Hasni diselamatkan, dia tetap mencari si pelaku dan minta untuk dikembalikan ke gua biarpun sudah bebas daripada Teta Jago.