Lumrah manusia biasa, penuh dengan perasaan tamak, hasad dengki dan tak bersyukur dengan apa yang ada, ibarat macam lagu Kacang David Teo. Hehe.
Itulah antara punca yang sering menyebabkan seseorang terjebak dalam ilmu syirik seperti Nasi Tangas atau lebih dikenali sebagai Nasi Kangkang. Menarik jugak sebenarnya konsep yang dibawakan oleh MiG Pictures dalam filem seram terbaru syarikat tersebut iaitu filem Nasi Kangkang.
Sedikit info mengenai nasi kangkang, ilmu ini sememangnya dah lama dan masih ada segelintir manusia yang mengamalkan amalam syirik ini. Cara pembuatannya adalah dengan mencampurkan bahagian-bahagian kotor dari anggota badan pengamalnya ke dalam makanan si mangsa. Bahan paling popular dalam pembuatan nasi kangkang ini adalah darah haid. Eeeee!!!
Filem ini dibintangi oleh pelakon yang semakin mendapat tempat di hati peminat iaitu Azwan Kombos, Adiba Yunus, Shima Anuar dan Along Eyzendy.
Kisahnya bermula apabila Hairi (Azwan Kombos) berkahwin dengan Mira (Adiba Yunus) dan bermulalah kehidupan rumah tangga yang pada mulanya normal sehinggalah Mira terasa hati kerana suaminya lebih mementingkan Fatin (Shima Anuar) yang merupakan rakan kongsi perniagaan Hairi.
Beberapa kejadian seram dan menakutkan terjadi sehinggalah terbongkar rahsia yang Hairi ini sebenarnya terkena nasi kangkang. Soalnya, siapakah yang bertanggungjawab? Dapatkah rumah tangga Hairi diselamatkan? Jom tonton di pawagam bermula hari ini!