Dihukum Penjara Sehari Dan Denda RM8,000, ‘Makcik Gelang Pink‘ Dijatuhkan Hukuman

COVID-19

Dihukum Penjara Sehari Dan Denda RM8,000, ‘Makcik Gelang Pink‘ Dijatuhkan Hukuman

Wanita warga emas yang sebelum ini tular sebagai ‘makcik gelang pink’, hari ini dijatuhi hukuman penjara selama sehari dan denda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di Ipoh atas kesalahan tidak mematuhi perintah pengawasan dan pemerhatian ketika dikenakan perintah kuarantin pada awal bulan lepas.

Majistret Nabihah Mohd Noor menjatuhkan hukuman terhadap Nur Emah Mohamad Hashim, 72, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan melakukan kesalahan itu di sebuah restoran, di Lengkok Meru Permai 1, Halaman Meru Permai, kira-kira 8 pagi, 6 Julai lepas.

Advertisement

Mahkamah turut memerintahkan wanita itu menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Dia dituduh tidak mematuhi perintah pengawasan dan pemerhatian di bawah Subseksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang diarahkan Pegawai Diberi Kuasa Syarifudin Abu Bakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Selangor, pada pukul 5.30 petang, 4 Julai lepas.

Pendakwaan dikendalikan Ketua Pegawai Kesihatan Persekitaran Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak Ahmad Fakurazi Abu Bakar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Nur Emah yang merupakan seorang ibu tunggal dalam rayuannya dengan nada sebak sambil mengalirkan air mata memohon hukuman ringan, kerana itu merupakan kesalahan pertamanya selain mempunyai masalah kesihatan.

Mengikut fakta kes, pada 21 Julai lepas, JKN Perak menerima aduan mengenai tular satu gambar seorang wanita memakai gelang perintah pengawasan di rumah tidak berada di alamat yang diperintahkan dan didapati keluar makan di restoren Hanaz Cafe, di Meru Raya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...