Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Dihujani Ucapan Tahniah Oleh Peminat Kerana Disangka Hamil, Ini Jawapan Elly Mazlein

Elly Mazlein

Penyanyi dan personaliti TV, Elly Mazlein nampaknya memilih untuk bermain ‘teka-teki’ mengenai dakwaan peminat yang mengatakan dirinya kini sudah berbadan dua.

Kata Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi,41, dia sama sekali tidak berniat untuk berahsia jika hamil namun berjanji akan mengumumkan berita gembira tersebut di media sosial sekiranya benar.

Menyedari ramai peminat dan rakan artis yang sering mendoakan kesejahteraan dirinya, Elly berkata dia hanya ingin berlaku adil kepada semua pihak terutama media yang sentiasa menyokong dirinya sepanjang bergelar anak seni.

Advertisement

“Saya tahu ramai sayang dan selalu mendoakan saya. Apabila dah sampai masa dan dah confirm, saya akan kongsikan berita gembira itu di Instagram untuk cuba berlaku adil kepada semua pihak media yang sentiasa menyokong saya.”

Dalam pada itu, Elly juga mendedahkan bahawa anak sulungnya, Purtri Sara Sefhia turut menyuarakan hasrat untuk memiliki adik.

Ujar Elly lagi, dia tidak menunggu masuknya bulan tertentu tempoh kehamilan tetapi berjanji akan membuat pengumuman jika benar-benar hamil.

Terdahulu, tular di media sosial apabila video ketika program MeleTOP yang menampilkan dirinya sebagai pengacara jemputan seperti mempunyai ‘baby bump’ dan Elly juga kerap kali mengusap perutnya seperti sedang hamil.

Sekadar info, Elly Mazlein telah bernikah kali kedua bersama suaminya kini, Muhammad Azlan Che Nuh,31, pada 18 Januari lalu di PWT, Kuala Lumpur.

Pelakon drama Kampung People itu sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah drama Azmi Hatta pada tahun 2014 sebelum bercerai pada tahun 2015. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top