Dihina Kerana Bekerja Di Kedai Buku, Bakal Doktor Ini Kongsi Pengalaman Pahit

Trending

Dihina Kerana Bekerja Di Kedai Buku, Bakal Doktor Ini Kongsi Pengalaman Pahit

Segelintir masyarakat kita adakalanya menjadikan tahap kerjaya seseorang sebagai penanda aras seseorang itu bagus atau tidak dalam aspek kehidupan peribadi. Jika melihat kerjaya yang biasa-biasa, pasti ada mulut-mulut yang tak enak didengar.

Advertisement

Itu lah yang berlaku kepada seorang wanita, yang juga seorang pemegang ijazah dalam bidang kedoktoran. Nurlisa Kamal, berkongsi pengalaman pahitnya dihina hanya kerana bekerja di sebuah kedai buku menerusi satu posting di Facebooknya.

Difahamkan, peristiwa terbabit berlaku pada awal bulan ini ketika dia bekerja di kedai buku tersebut sambil menunggu panggilan temuduga.

Ikuti kisah yang beliau kongsikan..

Baru dua hari bekerja sebagai pembantu jualan di sebuah kedai buku dan alat tulis. Ya, inisiatif saya untuk mengisi masa sementara menunggu panggilan temuduga. Saya lebih suka kerja yang ada interaksi dengan manusia. Jadi saya rasa, tak salah saya mencuba cari pengalaman bekerja sebagai pembantu jualan.

Namun peristiwa hari ini sedikit sebanyak memberi pengajaran dan peringatan kepada kita manusia, terutama pada sahabat yang telah bergelar ibubapa atau bakal menjadi ibubapa.

Kisahnya, saya masih dalam tempoh menyesuaikan diri dengan persekitaran tempat kerja dan suasana susunatur kedai. Kedai tersebut agak besar dengan lajur-lajur susunan buku yang pelbagai.
Ya, saya masih belajar. Bermula sebagai orang baru.

Datang seorang pelanggan.

Ms X: Dik, boleh carikan ribbon ni satu gulung? Ada tak?

Saya: oh ada rasanya. Nanti saya cuba cari. Sat naa. (Sambil pergi mendapatkan bantuan rakan sekerja dan mencari barang yang dikehendaki kerana saya masih belajar tentang selok belok susun atur barang dalam kedai).

Selepas beberapa minit (Sedikit terlambat) sambil membawa riben tersebut.

Ms X: lambatnya cari riben segulung ja pun dik oi.

Saya: *senyum dan cuba taknak bagi alasan ‘sebab baru kerja dua hari’*

Ms X: *sambil berpaling ke arah anaknya yang berumur dalam lingkungan 5-6tahun* Ha Danish dengar ni cakap Mama, bila besar kena belajar rajin-rajin and cepat buat kerja. Kalau buat kerja lambat and slow nanti jadi macam kakak ni, kerja kat kedai buku ja. Dah jom pi bayaq kat cashier.

Terus berlalu pergi.

Saya: *speechless*. Tapi untuk 5 saat saya terdiam sambil rasa nak tergelak.

Yang kerja bersama saya… Semuanya lepasan ijazah. Ada yang sedang menanti menyambung pengajian sarjana.

Dalam fikiran saya ketika itu, cuma kasihan kepada budak lelaki itu.

I wish someday, your mom will change the way she nurture you as you grow up.

Atau ini memang cara didikan moden buat anak-anak millenia? Heh.

Selamat malam.

Sumber : Nurlisa Kamal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...