Dihina Gemuk & Hodoh, Shuhada Tertekan Hingga Perlu Jumpa Psikiatris – “Parut Bawah Mata Ni Takkan Hilang”

Kehidupan

Dihina Gemuk & Hodoh, Shuhada Tertekan Hingga Perlu Jumpa Psikiatris – “Parut Bawah Mata Ni Takkan Hilang”

Pensohor media sosial dan bekas isteri kepada aktor Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada mendedahkan dia tertekan apabila sering dihina fizikal seperti gemuk dan hodoh oleh individu tertentu.

Gara-gara kritikan itu, Shuhada berkata dia perlu berjumpa pakar psikiatri bagi mendapatkan bantuan dari sudut mental kerana sudah membuatkan emosinya terganggu.

Advertisement

Saya kena jumpa pakar psikiatri kerana rasa diri tak bagus sebab ada yang kata saya gemuk, hodoh, jadi perkara itu melekat di minda saya.

Memang rasa tak gembira, bila jumpa doktro dia kata, jadikan hinaan itu sebagai motivasi untuk berubah. Sedih sangat rasa sampai nak tengok diri sendiri pun tak boleh waktu tu.

Kini, Shuhada menjadikan kata-kata kutukan itu sebagai pembakar semangat untuk dia lebih menjaga penampilan diri kerana enggan dihina lagi.

Menyentuh isu parut di bawahnya yang dilihat semakin memudar, Shuhada menjelaskan bahawa ia tetap ada namun tidak kelihatan kerana ditutup dengan solekan.

Parut bawah mata tak hilang lagi, nampak tersembunyi sebab pakai alat solek, parut saya ni nampak sampai bila-bila.

Sekadar info, Shuhada dan Hafidz telah bercerai pada 27 Julai tahun lalu setelah mendirikan rumah tangga sejak tahun 2016.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Salam kaut duit kenduri
8 months ago

Ibu Berebut Duit 'Salam Kaut' Majlis Anak Sendiri, Sampai Bergaduh Dengan Keluarga Besan - "Rupanya Kakak Ipar Yang 'Sponsor' Kahwin"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...