September 18th, 2018

Umum mengetahui penyanyi BBNU, Ismail Izzani kini sedang dihimpit kontroversi yang sangat hangat apabila tidak mahu membayar hutang bil hotel berjumlah RM 398.85 kepada pelakon Zarina Anjoulie. Ismail didakwa telah menggunakan bilik hotel atas Zarina untuk memadu asmara dengan teman wanitanya.

Disebabkan kontroversi itu, pelbagai kritikan dan kecaman dilemparkan kepada Ismail terutama sekali apabila beliau juga dikatakan mabuk di kelab malam.

Advertisement

Pernah mengeluarkan air mata dan megakui emosinya terganggu kerana hal itu, kini Ismail sekali lagi mendapat perhatian netizen apabila memuat naik kenyataan sensitif menyalahkan Melayu yang suka menjatuhkan bangsa sendiri hanya kerana beliau dilanda kontroversi.

Buat netizen, apa yang dikatakan oleh Ismail itu tidak wajar, sedangkan apa yang berlaku kepadanya kini adalah hasil perbuatannya sendiri. Mengapa pula perlu bangkitkan isu Melayu suka jatuhkan Melayu?

Sebab itu orang kata, kalau hendak masuk dunia hiburan ini hati kena kental. Sejujurnya, pada pendapat kami isu ini tidak akan berpanjangan kalau kedua-dua pihak boleh duduk dan selesaikan secara baik. Ada juga netizen yang mengatakan Ismail bayar sahaja hutangnya dan perkara ini boleh selesai, tidak perlu menuding jari kepada orang lain.

Sumber Berita : Twitter Alan Al Padat

Advertisement

60 responses to “Dihimpit Kontroversi Hangat, Ismail Izzani Persalahkan Melayu Suka Jatuhkan Bangsa Sendiri”

  1. Anonymous says:

    Dik mael, wujudkan tabungla bayar hutang tu…stakat 3 rat…kecoh sekampung…bayar jela trus setel…anyway…jadahnya mlayu jatuhkn mlayu…len kali skolah leklok…

  2. makismail says:

    budak ni samdol alah bendul.bangang habih…..dah lah buat dosa………………..salahkan orang pulak…ni Jawi sila ambik tindakan..rotan dia 100X..di public..baru ada akai,.,,,,,

  3. kak melah says:

    Anak dato 3 ratus lebih pon ko x leh bayar..dh sedap2 kt dlm bilik hotel pastu kuar gosip nk salahkan melayu..u can go to hell!!! ko igt ko justine biber ke ade fans serata dunia..fans ko hanyalah budak2 melayu yg baru nk up.Dasar budak hingusan. Jgn sampai kek melah sekeh kepala ko.

Loading...