Sebelum ini pelakon penuh kontroversi, Zarina Anjoulie menyelar tindakan segelintir kaum lelaki yang mengkritik perbuatannya melakukan proses sedut lemak (liposuction) untuk tujuan kurus sebagai haram.
Ujar Zarina, menonton video lucah dan melakukan perkara tidak senonoh di hadapan komputer juga adalah haram dan sangat sinonim dengan kaum lelaki.
Katanya lagi, ramai lelaki seolah-olah tidak sedar diri semasa mengkritik dan memberi pendapat di setiap tingkah lakunya selama ini.
Susulan daripada tindakan dia melakukan prosedur membuang lemak di badan, Zarina menjelaskan bahawa dirinya tidak terikat dengan mana-mana kontrak produk sekaligus menepis dakwaan dia tidak jujur dalam proses mengurangkan berat badannya itu.
Kontrak saya bersama satu produk kurus sudah tamat pada minggu lepas, jadi suka hati sayalah nak sedut apa. Kalau saya menipu pengikut, baik saya diam tak buat hantaran apa-apa di media sosial.
Tambah pelakon drama siri Anak Pontianak itu lagi, status kewangannya ‘lebih daripada mampu’ dan tidak mempunyai sebarang masalah untuk berbelanja ketika melakukan prosedur tersebut.
“Sebab perut buncit lepas beranak, susah nak hilang walaupun joging dan bersenam, saya pergi sedut lemak. Saya janda, bosan duduk rumah seorang tak tahu nak buat apa dengan duit, jadi saya pergilah (sedut lemak).” ujarnya.
Dia dalam pada itu tidak segan berkongsikan video pendek di Instagram miliknya yang memaparkan proses liposuction di sebuah klinik swasta baru-baru ini untuk tatapan peminat.