Diharamkan Guna Polisterin Di Kuala Lumpur, Putrajaya Dan Labuan. Berkuatkuasa Bermula Tahun Depan

Trending

Diharamkan Guna Polisterin Di Kuala Lumpur, Putrajaya Dan Labuan. Berkuatkuasa Bermula Tahun Depan

Semua premis makanan dan kafe dilarang sama sekali menggunakan polisterin di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bermula tahun hadapan.
Menterinya, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, larangan itu sebagai langkah usaha untuk mengurangkan penggunaan bahan yang memberi kesan kepada alam sekitar kerana ia merupakan bahan yang sukar diurai atau dikitar semula.

Advertisement

Tambah beliau lagi, larangan itu akan diperluaskan secara menyeluruh ke semua premis makanan di tiga kawasan termasuk bangunan swasta dan ia merupakan inisiatif Pembangunan Teknologi Hijau.

“Peniaga dan orang ramai digalak menggunakan bekas makanan boleh dikitar semula dan mudah urai, yang diperbuat daripada serat hampas tebu dan jagung kerana ia lebih selamat berbanding polisterin yang boleh mengakibatkan kesan sampingan kepada kesihatan pengguna.

“Kita akan memastikan pelaksanaan ini dijalankan secara menyeluruh dan berharap mendapat kerjasama semua pihak supaya ia berkesan,” katanya sebagaimana lapor BH Online hari ini.

Sumber: BH Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...