Dihantui Panggilan Dan Mesej Berbaur Ugutan Ah Long, Peniaga Katering Tertekan

Kehidupan

Dihantui Panggilan Dan Mesej Berbaur Ugutan Ah Long, Peniaga Katering Tertekan

Kerana terdesak, seorang peniaga katering hidup dalam keadaan tertekan kerana dihantui panggilan dan mesej yang berbaur ugutan daripada ah long.

Dahari meluahkan kebimbangan apabila dia mula diganggu oleh ah long sejak Khamis lalu kerana gagal membayar hutang yang dipinjamnya sejak Januari lalu.

Advertisement

Menurutnya, dia hanya diganggu dengan mesej yang berunsur ugutan yang ingin mengancam dan mengaibkan keluarganya jika dia gagal melangsaikan hutang.

Namun, keadaan menjadi semakin parah apabila dia mula diganggu dengan panggilan telefon yang mengatakan mereka tidak akan berdiam diri untuk membuat sesuatu kepada keluarganya.

ah long

Isterinya hampir meminum racun untuk membunuh diri apabila mengetahui keadaan sebenar dan nasib yang menimpa keluarganya.

“Bila kerajaan laksanakan PKP tempoh hari, saya hilang punca pendapatan dan tak mampu nak bayar hutang-hutang tersebut. Saya ada dua orang anak dan isteri OKU cacat penglihatan, saya bimbang keluarga saya diancam”.

Dahari juga mengatakan dia meminjam daripada ah long sebanyak RM2,000 bagi menampung perniagaannya yang terjejas untuk membayar gaji pekerja.

Dalam masa yang sama, dia pernah berjaja dengan menjual makanan dan minuman tetapi perniagaannya tidak mendapat sambutan untuk membayar hutangnya yang meningkat kepada RM20,000 kerana jadual pembayaran yang sangat singkat.

“Saya pinjam tak banyak, dalam RM2000 tapi jadual pembayaran sangat cepat yang mana saya perlu bayar rm1000 setiap tiga hari. Sebelum ini, saya mampu bayar dengan baik tapi sejak PKP dilaksanakan, saya tidak boleh membayar hutang langsung kerana tiada pendapatan”.

Dahari berharap ada pihak yang prihatin dan sudi membantu dalam menyelesaikan masalahnya.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...