Dihantui Makhluk Halus, Klinik Desa Terpaksa Ditutup

Trending

Dihantui Makhluk Halus, Klinik Desa Terpaksa Ditutup

Jangan main-main dengan gangguan makhluk halus yang menggangu kehidupan manusia tidak kira dimana sahaja kita berada.

Baru-baru ini sebuah Klinik Desa Gesir Tengah di Hulu Bernam dipercayai diganggu makhluk halus hingga operasinya terpaksa ditutup sementara sejak seminggu lalu.

Advertisement

Menurut Sinar Harian, jurururawat di klinik berkenaan dikatakan trauma dan takut berada dalam klinik walaupun bertugas pada siang hari.

Terdapat kelibat lembaga hitam dan jelmaan seorang perempuan tua menghantui klinik tersebut sejak 2007 dan acap kali tahun ini.

Beberapa usaha pemulihan menggunakan khidmat pengamal perubatan Islam turut dijalankan, namun belum berjaya menghentikan gangguan itu.

Surat makluman penutupan sementara klinik tersebut berserta lampiran laporan salinan kronologi kejadian aneh itu juga tular di media sosial.

Kejadian ini mula terjadi apabila seorang jururawat terdahulu memohon untuk berpindah atas alasan sering diganggu lembaga hitam menyerupai perempuan tua selain bau dan bunyi pelik.

Pada tahun 2012, jururawat itu ditukarkan ke tempat bertugas baharu berikutan kejadian dia dirasuk dengan disaksikan jururawat dari klinik desa lain yang datang memberi bantuan.

Gambar: Projek MM

Bukan itu sahaja, mereka juga menemui beras berwarna kuning di dalam klinik dan tandas hampir setiap pagi dan kewujudan satu patung hitam di bumbung klinik.

Gangguan lembaga hitam itu berlarutan saban tahun dan kadangkala jururawat bertugas akan menunggu pesakit di pondok di pekarangan klinik dan hanya masuk ke dalam klinik sekiranya ditemani jururawat lain atau pesakit.

Kejadian mistik turut berlaku kepada seorang pesakit yang datang bersama tigak anak bagi melakukan periksaan rutin.

Anak sulung menarik tangan adiknya dan meminta ibu mereka keluar dari klinik selepas ternampak perempuan tua dengan rambut dan kuku panjang mengusap-usap rambut seorang lagi adiknya berusia tiga tahun.

Jelmaan makhluk itu sekali lagi dilihat pesakit pada Januari lepas selain gangguan bunyi pelik dan bauan aneh di dalam klinik berkenaan.

Mac lalu, seorang kanak-kanak menangis meminta ibunya keluar dari klinik kerana ada perempuan tua yang menakutkan sedang memanggil ke arahnya.

Justeru usaha pemulihan sedang giat dijalankan pihak berkaitan sepanjang tempoh penutupan sementara klinik sehingga satu tarikh yang tidak dimaklumkan.

Menurut seorang pekerja bengkel motosikal, Mohd Alif Mohd Noor, 27 memberitahu pekerja atau pelanggan tidak pernah terlihat jelmaan makhluk halus itu kerana gangguan mistik (perempuan tua) hanya berlaku di dalam klinik.

Banyak kali dah jururawat kat klinik ini tiba-tiba berlari keluar menjerit minta tolong dengan kami di bengkel.

Kejadian berlaku siang hari dan mereka (jururawat) akan duduk di pondok tunggu orang kampung datang sebab ‘benda’ itu hanya ada di dalam klinik.

Bukan sahaja nampak, jururawat kena rasuk pun ada tapi kami kat bengkel tak ada kena kacau walaupun buka sampai lewat pagi.

Seorang penduduk, Mija Saidin, 70, berkata, rumahnya terletak bersebelah klinik tersebut dan dia tidak pernah mengalami sebarang gangguan mistik.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan dan Komuniti Kampung (MPKK) Gesir Tengah, Wan Khairul Azzuwan Wan Hamat berkata, pihaknya sedia maklum mengenai kejadian aneh di klinik berkenaan.

Menurutnya, penutupan sementara klinik dimaklumkan kepada penduduk bagi mengelak tanggapan negatif terhadap kerajaan dengan dakwaan sengaja menamatkan kemudahan kesihatan.

Klinik ini dibina sejak lebih 20 tahun lalu dan ia masih diperlukan maka kami mencadangkan agar operasi klinik berpindah menggunakan bangunan balai raya.

Atau pun klinik ini dinaik taraf sebagai pusat hemodialisis dan sudah pasti klinik akan didatangi lebih ramai pesakit.

Semoga semuanya berada dalam keadaan selamat dan dapat dipulihkan seperti sediakala.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...