Dihalau Sebab Terlewat 2 Hari Bayar Sewa, Wanita Ini Nekad Mempunyai Rumah Sendiri

Trending

Dihalau Sebab Terlewat 2 Hari Bayar Sewa, Wanita Ini Nekad Mempunyai Rumah Sendiri

Beberapa hari lalu tular tentang seorang yang menghina orang muda yang tidak mampu membeli rumah sendiri. Dia konon melabel dirinya hebat dengan bermodalnya beliau mampu memiliki 6 bijik rumah sendiri dengan gaji RM2,500 dan menampung 3 orang anak.

Advertisement

Wanita yang konon bagus itu dikecam hebat di laman sosial kerana menghina anak muda kerana tidak mampu membeli rumah sendiri. Padahal kesempitan itu datangnya dari orang jenis beliau yang menyewakan harga rumah dengan mahal untuk mengaut untung tanpa mengira kesusahan orang lain.

Seorang pengguna twitter juga tampal berkongsikan kisahnya yang pernah dihalau keluar kerana terlewat 2 hari membayar sewa rumah. Selepas itu beliau nekat memiliki rumah sendiri dan menjadi tuan rumah yang tidak menindas penyewa. Beliau juga berkongsikan beberapa gambar rumah sewa beliau yang siap dihias cantik untuk disewakan.

Beliau juga berkongsikan kisahnya ketika mula membeli rumah pertama dahulu

“Umur 25 tahun saya dapat kumpul deposit 9k. Niat di hati nak beli rumah landed di Puncak Alam. Ceruk pun ceruk lah. Tahun 2001 puncak alam masih hutan belantara”

“Zaman dulu kena bayar 10% deposit. Bank nak sale and purchase agreement baru boleh apply loan. Berbunga2 hati nak duduk rumah sendiri. Dah rancang pukul 4 pagi kena siap2 pergi kerja. Tak pedulik janji ada rumah sendiri.”

“Apply loan. Loan decline. Perit. Deposit dah bayar. Owner tak nak refund. Tuhan je yang tahu. 9k yang saya simpan bertahun2. Ikat perut. Sekat semua kemahuan. Hangus!! Menangis.. Tuhan je yang tahu betapa hancur dan sakit nya hati.”

“Puncanya. Jadi guarantor kereta sedara mara. Nama terus blacklisted. Mengamuk jugak lah masa tu. 9k orang rasa tak banyak. Gaji saya 1,300 bukan gaji beribu2 lemon. Nak ambil kereta. Kereta dah kena lelong. Mahu atau tak kena bersihkan nama. Cuci hutang orang.”

“Kumpul semula deposit. Umur 30 tahun baru mampu beli rumah pertama. Rumah apartment 750 sqft. Ground floor. Di Subang Bestari Jadilah atas tanah juga.”


Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...