Sudah semestinya setiap pasangan jika mendirikan rumah tangga mahukan penghujung yang baik tanpa melalui sebarang masalah yang besar seperti penceraian.
Bagaimanapun, lain untuk wanita di TikTok ini apabila beliau berkongsikan bahawa dirinya dihalau dari rumah oleh suami hanya kerana tidak menyapu serta membersihkan rumah dan lebih menyedihkan, ketika itu wanita tersebut sedang sarat hamil 9 bulan.
Wanita berasal dari Indonesia itu mengenang semula sejarah hitam yang dilaluinya tahun lalu dan berkata, bukan saja dirinya dihalau, malah rumah didiami turut diambil oleh suami.
Namun, untuk menjadikan situasi ini lebih teruk, rupanya si suami dalam diam sudah kembali semula ke pangkuan isteri pertama walaupun semasa itu dia masih berstatus suami kepada wanita Indonesia ini.
Bukan itu saja, si suami serta isteri pertamanya itu dengan tidak tahu malunya menuntut harta dan mahu mengambil alih perniagaan wanita ini, malah tanpa segan silu menetap di dalam rumah tersebut.
Akhirnya, kerana tidak sanggup diperlakukan lebih teruk dari itu, wanita teraniaya ini membuat laporan kepada pihak berwajib dan melalui video lain, beliau mengucapkan rasa syukur kerana ketua kampung serta anggota polis bertugas sanggup membantunya selain mendoakan agar hal ini diselesaikan dengan segera.