Written by AbangNara | March 9th, 2018

Seperti yang anda semua sedia maklum, Abang Nara adalah pengguna setia Digi dan juga applikasi Grab. Kehebatan Digi  selaku penyedia rangkaian 4G terluas di Malaysia tidak perlu dipertikaikan lagi. Sementara applikasi Grab pula memudahkan Abang Nara pergi ke mana-mana dengan selesa. Jadi apabila baru-baru ini,  Abang Nara mendapat jemputan untuk ke majlis perlancaran kerjasama Digi & Grab, memang teruja diri ini dibuatnya!!!

amboi gembira sungguh Abang Nara, senyum sampai ke telinga

Ok meh Abang Nara cerita sedikit apa yang kita semua boleh dapat hasil gabungan Digi dan Grab ini. First thing first, korang kenalah ada applikasi MyDigiApp (klik sini untuk download) dan juga applikasi Grab untuk menikmati faedah daripada kerjasama 2 syarikat gergasi ini.

1. Boleh dapat FREE Rides untuk Grab dari applikasi MyDigiApp

Applikasi MyDigiApp memang sering memberikan pelbagai tawaran, ganjaran dan hadiah ekslusif buat para pengguna Digi. Jadi bersempena kerjasama dengan Grab kali ini, anda boleh “redeem” FREE Rides untuk Grab dengan hanya membuka applikasi ini. Caranya senang sahaja, buka sahaja applikasi MyDigiApp dan tekan pilihan MyDigi Rewards.

Dari situ korang perlu pilih rewards Grab dan nanti akan terpampang skrin di bawah ini:-

Boleh gunakan untuk diri sendiri atau hadiahkan kepada orang lain. Buat masa sekarang, rewards ini hanya sah sehingga 30 April 2018. Namun pada masa akan datang akan ada lebih banyak rewards yang best-best daripada Digi dan Grab. Jadi korang kenalah sentiasa stay tuned. Yang paling penting pastikan anda dah download applikasi MyDigiApp sebab semuanya akan dikemaskini di situ. Best kan?

2. Beli topup Digi guna points Grab

Sekiranya selama ini anda tidak tahu apa nak buat dengan points Grab yang telah banyak terkumpul, jangan risau sebab ia kini dah boleh digunakan untuk membeli topup Digi. Maksudnya korang tak perlu keluar duit dah nak reload pasnie. Guna points Grab je dah boleh kembali ber”Internet”, bergayut dengan awek dan juga layan video sampai lebam bersama Digi. Caranya pun senang jugak. Hanya perlu buka applikasi Grab dan pilih pilihan Grab Rewards seperti gambar di bawah.

Lepas tue korang tekan pilihan yang ada gambar Digi tue.

Pastue nanti korang tekan je purchase dan akaun Digi akan akan di”reload” dengan topup bernilai RM5. Kalau ada banyak points, boleh topup banyak kali. Banyak sungguh penjimatan yang boleh dilakukan. Terbaik kan?

Terbaik kan? Ada lagi beberapa inisiatif best yang bakal dilakukan oleh Digi dan Grab sempena kerjasama mereka ini. Antaranya ialah pemasangan 1,000 unit tablet yang dikuasakan talian 4G Digi di dalam kenderaan Grab di Lembah Klang. Lepas ini kita boleh tengok YouTube, movie dan layan lagu sambil menaiki Grab. Awesome sangat-sangat.

Selain itu, Digi juga bakal melancarkan satu talian ekslusif Digi Postpaid yang direka khas untuk para pemandu Grab. Mereka yang mendaftar untuk talian ini turut sama akan menerima hadiah ekslusif. Fuh!!! Memang macam-macam inisiatif best yang terbentuk hasil kerjasama ini. Terbaik!!!

Jadi tunggu apa lagi? Download applikasi MyDigiApp dan juga applikasi Grab sekarang juga supaya anda tidak terlepas pelbagai ganjaran istimewa dan ekslusif ini. Untuk maklumat lanjut layari http://bit.ly/2H9H5Nf

TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

6 responses to Digi & Grab Bergabung, Memang Kebabom Terbaik!!!

  1. Anonymous says:

    INGAT YE… INI MAJLIS UNTUK PEMINAT BUKAN UNTUK RAKAN ARTIS… majlis khawin fazura dan fattah amin …HARAP MAKLUM

    1

    0
  2. GIGI KAPAK says:

    KENAPA CERMIN MATA HANG DAH SETEBAL BONTOT BOTOL KICAP BANG NARA…

    1

    0
  3. Nora says:

    Yg kebabom Abg Nara lah duit masuk setebal maggie 5 bungkus

    0

    0
  4. lala says:

    Senyap je blog bang nara…x update story hajah kesayangan perli faz ke…hahaha

    2

    0

Leave a Comment

Optional