Jurulatih kecergasan terkenal, Tareq Fit, lantang menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap bapa kepada pempengaruh cilik Abang Aji, iaitu Mohd Redzuan Zainol, yang didakwa menggunakan elemen perkauman terhadap dirinya.
Dalam sebuah video yang dimuat naik di TikTok, Redzuan dikatakan memanggil Tareq sebagai “warga asing”, dan perkara itu diselar keras oleh Tareq.
Aku warga asing? Ya, aku orang Arab dan aku berbangga. Kenapa kena guna bahasa bangsa untuk balas orang lain? Kalau kau tak boleh terima teguran aku terpulang tapi jangan jadi racist.
Tareq menegaskan bahawa Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk menilai seseorang berdasarkan bangsa atau warna kulit.
Dalam masa yang sama, Tareq turut menyuarakan kebimbangannya terhadap kandungan video melibatkan Abang Aji yang menurutnya boleh memberi pengaruh negatif kepada kanak-kanak lain.
Kau kata benda ini hanya lakonan tetapi budak lain yang tak tahu akan ikut dan jadi normalisasi. Mereka mungkin akan ikut sebab tengok anak kau comel, famous dan influencer.
Tareq juga melahirkan rasa prihatin terhadap keadaan fizikal Abang Aji yang menurutnya tidak sesuai untuk usia kanak-kanak.
Kau kata badan dia macam itu sebab susu, jadi kurangkan susu. Anak kau baru berapa tahun, kesian dia susah nak bermain, susah nak bernafas. Masa sekarang dia masih budak lagi, dia nak enjoy. Kalau kau jaga makan dia, pasti keadaan badan dia akan jadi lebih baik.
Terdahulu, Tareq pernah memuat naik video menegur berat badan Abang Aji yang dianggap berlebihan untuk usianya, kerana bimbang ia memberi kesan kesihatan jangka panjang.
Sebagai respon, Mohd Redzuan tampil menjelaskan bahawa semua video yang dihasilkan hanyalah kandungan hiburan, dan dia sentiasa memantau diet serta penjagaan anaknya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.