Pendakwah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Rahmat Ikhsan berkata dirinya telah dikecam oleh golongan tertentu kerana menyatakan sokongannya terhadap keperluan menyuntik vaksin COVID-19.
Menurut PU Rahmat, kecaman berbaur ekstrim itu telah diterimanya di media sosial malah ada yang menganggapnya sebagai Ustaz Dajjal.
Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri PU Rahmat menerusi laman sosial Twitter miliknya untuk tatapan pengikut dan peminat.
View this post on Instagram
“Alhamdullilah dah lebih 20 orang gelar saya Ustaz Dajjal kerana pendirian yang menyokong vaksin. Sekarang ini kalau aku ustaz Dajjal, siapa ustazah Dajjal?”
Dia yang berseloroh di media sosial enggan mengambil berat perkara sedemikian dan turut mendedahkan bahawa telah menyekat berpuluh-puluh akaun golongan anti-vaksin di media sosial.
View this post on Instagram
Tambahnya lagi, dia menyekat akaun golongan tersebut bukan kerana marah tapi hanya berniat untuk menghalang mereka itu berbuat dosa menghina dan mengutuk sesama manusia.
Ujar PU Rahmat lagi, mereka ini masih boleh membaca hasil tulisan dan video-video dakwahnya dan sempat berdoa agar golongan-golongan ini akan terbuka hati menerima kebenaran.