Digelar ‘Taj Mahal’ Malaysia, Masjid Sri Sendayan Masjid Kedua Diwakafkan Oleh Pengasas RHB

Kehidupan

Digelar ‘Taj Mahal’ Malaysia, Masjid Sri Sendayan Masjid Kedua Diwakafkan Oleh Pengasas RHB

Masjid Sri Sendayan yang baru dibuka secara rasmi minggu lalu menarik perhatian ramai dengan rekaannya yang sungguh mengkagumkan. Bukan itu sahaja, ada juga yang menggelarnya sebagai ‘Taj Mahal’ Malaysia kerana rekaannya itu.

Masjid ini merupakan masjid kedua selepas Masjid Hussain yang diwakafkan oleh pengasas Kumpulan RHB iaitu Tan Sri Abdul Rashid Hussain. Mula dibina pada tahun 2015 di atas tanah berkeluasan 4.5 hektar dan mampu menampung kira-kira 5,000 jemaah dalam satu masa.

Advertisement

masjid sri sendayan
masjid sri sendayan
Masjid yang merangkumi Kompleks Pusat Islam itu mempunyai dewan solat utama, dewan solat kedua, dua buah bilik kuliah, perpustakaan, dewan serba guna, bilik pengurusan jenazah dan bangunan pentadbiran.

Rekaan dalaman diilhamkan oleh Tuan Haji Zailan seorang pereka hiasan dalaman. Cat untuk siling dalaman dilakukan secara manual hasil tangan pekerja dari Morocco. Manakala ‘gold paper’ 24K digunakan pada kubah dalaman dan kayu kubah di import khas dari India.

masjid sri sendayan
masjid sri sendayan
masjid sri sendayan
Memang cantik kan? Binaannya yang juga dikatakan mirip seperti Masjid Nabawi di Madinah ini mempunyai pusat untuk anak yatim yang boleh menempatkan 52 penghuni selain dilengkapi bilik ulangkaji serta dewan makan.

Masjid dengan kos lebih RM100 juta ini adalah hasil seni dan arkitek yang dibawa hampir sepenuhnya dari luar negara seperti Mesir, Turki, Dubai, Maghribi dan China.

Sekali pandang macam masjid di luar negara. Tak sangka rupanya ada di Malaysia. Dengar cerita ramai juga bakal pengantin yang sudah tempah tarikh untuk bernikah di sini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...