Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Digelar Syok Sendiri, Intan Najuwa Beri Respon Suka Melaram Di Rumah Sepanjang PKP

intan najuwa

Intan Najuwa sememangnya merupakan selebriti tempatan yang rajin memuat naik gambarnya di laman media sosial. Malah wanita itu sering menyarungkan pelbagai pakaian yang menggambarkan stail fesyennya yang menawan.

BACA: Pakai Baju Nampak Perut, Netizen Tegur Intan Najuwa Supaya Hormat Bulan Ramadan

Advertisement

Walaupun perlu berada di rumah bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tidak ke mana-mana, Intan Najuwa terus memuat naik banyak foto dengan pelbagai gaya.

intan najuwa

Menurut Inatn, tujuannya memuat naik video Reels dalam Instagram dengan menyarungkan pelbagai jenis pakaian adalah untuk tatapan peminatnya. Pun begitu, terdapat juga suara sumbang yang menyelar tindakannya itu.

“Memang banyak mesej (DM) masuk mengatakan saya ni syok sendiri sebab dekat rumah pun sibuk asyik nak melaram sana-sini. Tetapi itu cara saya. Lagi pun bukan saya langgar prosedur operasi standard (SOP) pun. Saya di rumah sahaja dan tak keluar kemana-mana pun.”

intan najuwa

Disebabkan oleh aktiviti penggambaran yang terpaksa ditunda kerana pelaksanaan PKP ini, pelakon wanita itu memilih untuk bergaya hampir saban hari bagi mengelakkan kebosanan di rumah.

“Dengan cara itu (melaram), saya rasa puas dan dapat mengisi masa lapang di rumah. Sekurang-kurangnya rasa bosan tu dapatlah dikurangkan.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Intan Najuwa, 23 ?? (@intannajuwa)

Advertisement

Dalam pada itu, masih ramai pengikut dan rakan selebriti yang meninggalkan komen pujian kepada Intan. Malah ada yang meminta petua dan tips bagi menjaga tubuh badan supaya kelihatan menawan.

SUMBER : Kosmo!
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

7 Comments

  1. Momo

    June 24, 2021 at 1:03 am

    Awak cantik pakej lengkap..tapi please tlg jaga cara awk dress up bukan kata i condemn whatever tpi makin hari makin terdedah aurat awk IN. Please cover our aurat as a Muslimah..

  2. tecit

    June 21, 2021 at 11:04 pm

    cantikk. mekap pon cantikk. biaqlahh die nak melawa ke melaram ke rete die. drpd melepek kt rumah non-motivated. at least die jdikan melawa tu motivasi die utk kemas rumah cantik2. bangun awal pagi2 melawo.

  3. Johan sham

    June 21, 2021 at 8:33 pm

    Dah penah pegi umrah…dah penah ziarah Malam Nabi….please Jaga pemakaian…kurangkan seksi waloopon X nk tutup kepala…ruginya…..bila dah balik Dari tempat yg Indah…tp u tetap MCM ni….

  4. Anonymous

    June 21, 2021 at 4:50 pm

    Mental illness …anak ayam ni

  5. che non

    June 21, 2021 at 8:44 am

    baju2 cantik tu “ayah ATM” ke beli? huahuahuahuahuahuahua

    • Anonymous

      June 21, 2021 at 8:57 am

      che non cemburu le tuuuu,che non pun berusaha la untuk dapatkan ‘ayah ATM’

    • Siti Covid

      June 21, 2021 at 9:32 am

      Ayah ATM dgn adik beradik dah nak kena saman RM50 juta sb tipu duit pelaburan..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top