Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Digelar ‘Scooby Doo’ Di Pentas Gegar Vaganza, Ayu Damit Tak Kecil Hati

Gara-gara ditegur nyaris ‘Scooby-Doo’ oleh juri tetap Gegar Vaganza musim ke-7 iaitu Datuk Ramli MS, Ayu Damit kini mendapat jolokan #scoobydoo.

Meskipun begitu, Ayu berkata dia menerima teguran itu secara terbuka dan mengakui kesilapan yang telah dilakukannya pada malam itu. Pada konsert minggu kedua, Ayu Damit telah menyanyikan lagu Ke Hujung Dunia dendangan asal Siti Sarah namun ‘tidak sampai’ ketika menyanyikan bahagian nada tinggi lagu tersebut.

Advertisement

Berjanji akan memperbaiki kelemahan tersebut, Ayu menjelaskan dia akan lebih berhati-hati dalam mengawal dan melontarkan nada tinggi dalam persembahan yang akan datang.

View this post on Instagram

Gegar Vaganza (Week 2) • AYU DAMIT @ayudamit KE HUJUNG DUNIA . Outfit – @mekkembangcotton @miedy.daniel Style by – @muzammin @styledbymuzammin Makeup – @makeupbydeqsha Photo – @astrogempak Management – @indigitalmusic @ayufantastic_official #indigitalmusic #ayudsmitgv7 #ayudamit #ayufantastic_official #gegarvaganza2020 #gegarvaganza7 #gv7 #astrogempak #cuckoohealthyhome #samasamagv7

A post shared by Ayu Damit ? (@ayudamit) on

Ketika ditanyakan perasaan mendapat gelaran #scoobydoo, Ayu akui ketika ini sudah ramai menggunakan tanda pagar itu kepada dirinya namun dia tidak berkecil hati.

“Saya tak kisah sangat pun apa orang nak cakap. Bagi saya, lama-lama nanti akan senyap jugak. Buat masa sekarang, biarlah nak cakap apa pun termasuklah #scoobydoo. Apa yang lebih mencabar untuk saya adalah persaingan dengan penyanyi lain yang kesemuanya ada kelebihan dan kekuatan masing-masing. Saya kena lebih fokus pada cabaran yang akan dihadapi nanti,”

Advertisement

 

Selain Ayu, antara bintang lain yang turut bersaing dalam memperoleh gelaran juara program Gegar Vaganza musim ke-tujuh ini adalah Mus May, Linda Nanuwil, Ashira, Oja, Nomad, Indigo dan ramai lagi.

Sumber : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Mak Nangka

    October 23, 2020 at 7:50 am

    BOIKOT GV ni – penuh Artis2 lelaki muka mcm. Penagih2 Dadah, yg. SEKOQ bangang tu sampai buat lambang tangan Kepala & Tanduk Kambing – yg sebenaqnya lambang ZIONIS-memuja IBLIS, yg. diamalkan ramai artis2 Rock Barat-pemuja Iblis! Si Melayu2 bangang buat lambang tangan IBLIS tu ingat depa ‘cool’ kononnya, mcm. Mat2 Rocker!

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top