Dah beberapa hari dah perkara ni berjalan, tapi kami hanya memerhati sahaja. Kisahnya, Abby Abadi telah digelar ‘Ratu Propa’ oleh kolumnis gosip dari Utusan iaitu Joyah. Artikel tersebut berjudul “Artis Janda Bermasalah†dan telah disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia. Menurut Joyah, Abby telah memberikan satu kenyataan yang dirakam oleh seorang wartawan yang merupakan rakan Joyah dan berita telah ditulis mengikut rakaman yang dibuat, tetapi Abby mendakwa apa yang ditulis berlainan dari apa yang dituturkan olehnya. Tidak puas hati dengan tulisan Joyah, Abby telah muat naik gambar wartawan yang menemu ramah itu di Facebook.
Abby mendakwa wartawan dalam gambar sudah mengaku salah dan telah meminta maaf, berlainan dengan apa yang dilaporkan oleh Joyah. Kami rasa eloklah rakaman tersebut didedahkan pula oleh wartawan terbabit untuk kami, orang ramai pastikan kesahihannya. Tapi Abby,orang kata, kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi. Kalau orang kata apa pun, buat tak tahu sudah, cuba buktikan yang anda bukan seperti yang digambarkan. Tidakkah itu lebih baik?