Baru-baru ini, penyanyi Aishah menerusi akaun Instagramnya begitu teruja sekali berkongsi momen manis ketika beliau membuat persembahan pada malam ABPBH 32.
Namun, ada individu yang kurang senang dengan tindakannya itu dan mengherdik Aishah sebagai sebagai ‘orang tua sakai guna Insta’. Membawa maksud orang tua yang baharu sahaja ingin mengenali media sosial.
Dihina dengan dasyat sekali, Aishah membalas “serangan” tersebut dengan memuat naik kenyataan biadab yang dilemparkan kepadanya dan mencabar netizen itu untuk bersemuka dengannya.
Penghinaan itu tidak wajar sekali dan Aishah berkata dia berhak untuk berkongsi apa sahaja melalui akaun Instagram miliknya.
Aishah tidak teragak-agak untuk membuat laporan di Instagram bagi memastikan akaun tersebut di tutup.
Siapa yang tidak bengang dengan komen melampau sebegitu? Biasanya “haters” ini hanya berani di media sosial sahaja tetapi bila ajak berdepan, tidak berani.
abang
September 26, 2019 at 12:22 pm
esah oi, duk diam je, gaduh salam socmed ni budak- budak punya, dah tertua tu buat lah macam tua, layan socmed ni layan juga tapi buat lah stail orang tua bukan budak hingusan.
hakak
September 26, 2019 at 11:06 am
halah halah… tak payah la layan netizen camtu.. account tu pun fake.. rajin nau nak bergaduh dgn sumer org.. buat bodoh la ler..
Anonymous
September 25, 2019 at 9:23 pm
Dgn budak x baligh pon nak diajak bertekak saman bagai. Ko tu dah senja, bijak sket. X usah dilayan budak2 socmed. Plus, insta fb suma dunia budak muda, bkn dunia ko. Dah tua2 pun nak bersocmed bagai. X sesuweiii oii
Nyah sepi zaman MIRC
September 25, 2019 at 6:25 pm
Sejenis ogy ni. Jenis cepat baran n melayan. Lepas tu suka ugut nak saman. Lama2 peminat pon leh larik… Chill suda.