Baru-baru ini, penyanyi Aishah menerusi akaun Instagramnya begitu teruja sekali berkongsi momen manis ketika beliau membuat persembahan pada malam ABPBH 32.
Namun, ada individu yang kurang senang dengan tindakannya itu dan mengherdik Aishah sebagai sebagai ‘orang tua sakai guna Insta’. Membawa maksud orang tua yang baharu sahaja ingin mengenali media sosial.
Dihina dengan dasyat sekali, Aishah membalas “serangan” tersebut dengan memuat naik kenyataan biadab yang dilemparkan kepadanya dan mencabar netizen itu untuk bersemuka dengannya.
Penghinaan itu tidak wajar sekali dan Aishah berkata dia berhak untuk berkongsi apa sahaja melalui akaun Instagram miliknya.
Aishah tidak teragak-agak untuk membuat laporan di Instagram bagi memastikan akaun tersebut di tutup.
Siapa yang tidak bengang dengan komen melampau sebegitu? Biasanya “haters” ini hanya berani di media sosial sahaja tetapi bila ajak berdepan, tidak berani.