Digelar Dayus Oleh Netizen, Wan Ariff Tahu Apa Yang Terjadi Sejak Awal Lagi

Hiburan

Digelar Dayus Oleh Netizen, Wan Ariff Tahu Apa Yang Terjadi Sejak Awal Lagi

Kekasih Afifah Nasir iaitu Wan Ariff turut sama terpalit di dalam kontroversi yang melanda pelakon baru ini. Rata-rata netizen menggelar Wan Ariff sebagai seorang lelaki dayus kerana berdiri teguh di belakang Afifah Nasir walaupun kekasihnya itu secara jelas telah berpegangan tangan dengan Aliff Aziz di sebuah pusat karaoke. Ramai yang memberi cadangan agar dia”clash” dengan Afifah, namun Wan Ariff sejak dari awal lagi telah menyatakan sokongan kepada kekasihnya itu. Memang true love sungguh.

wan ariff kekasih afifah nasir

Advertisement

Namun keteguhan dan kekukuhan cinta Wan Ariff ini bukanlah kosong semata-mata. Sebaliknya kerana dia mengetahui perkara sebenar yang terjadi sejak awal lagi. Malah Wan Ariff juga sudah memaafkan kelakukan Afifah Nasir yang berpegangan tangan dengan Aliff Aziz. Bagi Wan Ariff, Afifah adalah mangsa keadaan. Katanya:-

Saya tahu apa yang berlaku sejak dari awal lagi, semuanya Afifah terangkan kepada saya kenapa dia perlu bertindak sedemikian. Dia menjadi mangsa keadaan, sebab itu saya berani keluar kenyataan di Instagram bahawa saya memberi sokongan kepadanya. Tentang isu pegang tangan itu, Afifah sudah minta maaf pada saya kerana membenarkan Aliff pegang tangannya dan saya sudah maafkan.

Saya tidak boleh paksa semua orang memaafkan dia, tapi saya cuma berharap agar orang ramai memahami apa yang dia lalui sekarang. Dia memang buat salah tapi dia jadi mangsa keadaan.

Itu sudah kerja dia dan dia seorang yang profesional. Saya sokong dia untuk terus berlakon cuma saya minta dia lebih berhati-hati agar tidak diperkotak-katikkan pihak lain atas kepentingan sendiri.

wan ariff kekasih afifah nasir

Memang husband material sungguh Wan Ariff ini. Keikhlasan cintanya terhadap Wan Afifah memang real. Bukan mudah untuk seorang lelaki memaafkan kekasihnya. Namun inilah erti cinta sejati. Memaafkan dan berada di samping si dia yang tercinta ketika ujian dan dugaan mendatang. Untunglah Afifah mendapat kekasih sehebat ini. Semoga perhubungan mereka berdua akan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Sumber Mstar Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...