Digelar B*tina, Baby Shima Kesal Dituduh Guna Duit Haram Hulur Bantuan Kepada Mangsa Banjir

Hiburan

Digelar B*tina, Baby Shima Kesal Dituduh Guna Duit Haram Hulur Bantuan Kepada Mangsa Banjir

Penyanyi penuh kontroversi, Baby Shima baru-baru ini mengambil pendekatan sendiri apabila dia menjual baju terpakai miliknya di aplikasi TikTok bagi membantu mereka yang terjejas akibat bencana banjir.

Namun begitu, niat penyanyi itu disalah erti malah dicaci apabila dia menerima banyak komen-komen negatif daripada pengguna media sosial

Advertisement

Baby Shima
11 bulan lalu

Baby Shima Kumpul Dana Bantu Peminat Terkesan Banjir, Jual Baju 'Show' Di TikTok

Baby Shima yang dihubungi media kemudiannya memaklumkan bahawa dia berasa kesal kerana apa saja tindakan yang dilakukan seolah-olah tidak baik di mata netizen.

Ramai mengambil kerja tuhan..apabila saya menari dikecam dimaki, bila saya ingin menolong mangsa banjir pun dikecam teruk, dimaki dan dihina.

Manusia ni bila kita tunjuk kita bantu orang, dituduh riyak. Malah, dihina lagi hanya kerana kekurangan diri kita. Bila kita bantu senyap-senyap kata tak turun padang.

Kongsi Shima lagi, dia menerima komen kasar seperti gelaran betina dan dituduh menggunakan hasil wang haram untuk memberikan sumbangan.

Perkara tersebut turut berkongsikan beberapa tangkap layar yang menunjukkan komen netizen yang memberi respon terhadap niat murninya memberi bantuan untuk mangsa banjir.

Terdahulu, Baby Shima telah berjaya mengumpul dana bernilai ribuan ringgit hasil penjualan baju terpakainya dan ia akan didermakan kepada mangsa banjir terutamanya peminat di Shah Alam dan Klang.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...