Digelar Bapa Bola Sepak Johor, TMJ Enggan Diiktiraf

Trending

Digelar Bapa Bola Sepak Johor, TMJ Enggan Diiktiraf

tmj3

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah mengiktiraf Datuk Suleiman Mohd. Nor sebagai Bapa Bola Sepak Johor.

Advertisement

Suleiman adalah bekas Pengurus Pasukan Johor pada 1991 yang memenangi kejuaraan berganda, juara Piala Malaysia dan Piala Liga.

“Gelaran tersebut adalah milik Datuk Suleiman Mohd Noor,” katanya dalam satu soal jawab yang disiarkan di laman Facebook Johor Southern Tigers hari ini.

Tunku Ismail berkata demikian sebagai menjawab soalan sama ada baginda berasa layak atau tidak diberi gelaran Bapa Bola Sepak Johor.

Ia berikutan revolusi pembangunan bola sepak negeri itu yang naik secara mendadak sehingga berjaya menjulang Piala AFC 2015.

“Beliau yang memulakan pembangunan bola sepak negeri ini sehingga berjaya membawa nama Johor dikenali sebagai kuasa hebat bola sepak pada tahun 1985 serta 1991 dan saya hanyalah penyambung legasi beliau,” titah baginda.

sumber : mynewshub

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...