Digelar Anak B*bi, Rita Nadira Dikecam Kerana Watak Melisa Dalam Tak Sempurna Mencintaimu

Hiburan

Digelar Anak B*bi, Rita Nadira Dikecam Kerana Watak Melisa Dalam Tak Sempurna Mencintaimu

Pelakon berbakat, Rita Nadira mendedahkan bahawa dia sering menerima mesej berbaur kecaman dan caruta dek kerana watak yang dibawa dalam drama Tak Sempurna Mencintaimu yang kini ditayangkan di slot Akasia, TV3.

Membawa watak jahat bernama Melisa dalam naskah tersebut, Rita berkata bahawa dia pernah digelar anak babi dan jahat oleh pengguna media sosial.

Advertisement

Ujarnya lagi, dia bukan sahaja menerim mesej-mesej tersebut di ruangan komen media sosialnya tapi juga menerusi mesej peribadi (DM) di Instagram.

“Kalau nak cakap kecaman melalui DM itu memang ada. Saya selalu dapat DM berbentuk carutan contohnya ‘jahat! kau ni anak babi’ dan sebagainya. Tapi kebanyakan memang disebabkan watak Melisa itu sendiri. Kalau nak kaitkan dengan peribadi seingat saya tak ada..”

Tambah bekas kekasih kepada pelakon Ezzrin Loy ini lagi, dia tidak mengambil serius mengenai perkara itu kerana masih lagi tidak melampaui batas seperti ugutan dan sebagainya.

Dia dalam pada itu turut mengucapkan terima kasih kepada penonton kerana banyak memberi sokongan dan menerimanya dalam industri seni.

Kata Rita lagi, agak sukar untuk melakonkan watak Melissa dengan pengalaman yang masih lagi kurang dan ‘hijau’ dalam bidang lakonan.

“Nak melakonkan watak Melissa ini dengan pengalaman yang tak banyak dan masih baru dalam bidang ini bukan mudah. Jadi apabila watak ini menjadi perhatian dan bualan orang ramai, penat bekerja untuk membawa watak itu rasa berbaloi..” jelas Rita ketika ditemui media baru-baru ini.

Terdahulu, drama Tak Sempurna Mencintaimu terbitan Zeel Production itu turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Redza Rosli, Intan Najuwa, Azza Elita, Wan Maimunah dan ramai lagi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...